Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt).
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
"Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah.
"Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menurut kenyataan itu.
Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu..
PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian bertulis dari 13 hingga 16 Okt.
Sementara itu, di SEREMBAN, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Kalsom Khalid berkata sebanyak 18,437 orang calon menduduki Ujian Bertulis PT3 di 120 pusat peperiksaan di negeri ini.
Katanya PT3 diuruskan 100 peratus dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pihak sekolah daripada peringkat pemilihan soalan, mengeluarkan soalan, menyediakan petugas sehingga ke penandaan.
"Prosedur operasi standard (SOP) disediakan dengan ketat, semua pegawai dan guru yang terlibat telah menandatangani Akta Rahsia Rasmi. Hanya pihak tertentu yang dipilih oleh pihak sekolah sahaja akan melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, di sini.
Di MELAKA, sebanyak 14,520 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 82 sekolah di tiga daerah negeri ini, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.
Md Yunos berkata daripada jumlah itu sebanyak 8,102 orang merupakan calon daripada sekolah di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (3,757) dan Jasin (2,661).
"Sebanyak 34 pelajar merupakan calon berkeperluan khas manakala seorang adalah calon persendirian yang menumpang di sebuah sekolah menduduki PT3," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini.
Beliau berkata PT3 di negeri ini melibatkan pelajar daripada 73 sekolah menengah kerajaan, enam sekolah swasta, dua Maktab Rendah Sains Mara dan satu sekolah integriti.
Di PULAU PINANG, sebanyak 22,781 calon Ujian Bertulis PT3 di 130 pusat peperiksaan, kata Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nur Azri Kamarudin.
Beliau berkata sebanyak 155 calon persendirian turut menduduki peperiksaan sama yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.
"Peperiksaan PT3 ini berlainan dengan PMR dari segi pengurusan peperiksaan iaitu tiada calon hospital. Sekiranya ada calon masuk hospital, pihak sekolah akan buat permohonan yang lengkap dan sahih untuk membenarkan calon itu menduduki PT3 pada hari lain.
"Calon boleh jawab kemudian dengan set soalan yang berlainan. Selain daripada tiada calon hospital perjalanan peperiksaan PT3 sama seperti PMR," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata calon yang sakit diberikan tempoh sehingga 31 Okt ini untuk menduduki peperiksaan itu dan sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana sekolah berhubung perkara itu.
Di KOTA BAHARU, sebanyak 32,777 calon tingkatan tiga di negeri ini menduduki peperiksaan PT3 di 240 buah pusat peperiksaan, kata Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 26,833 merupakan calon sekolah kerajaan, 92 calon sekolah swasta/persendirian dan 5,351 calon sekolah Yayasan Islam Kelantan.
"Calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula adalah seramai 501 orang dan ia di pantau oleh 1,562 petugas," kata Hussain.
Di KOTA KINABALU, Ujian Bertulis PT3 yang dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu bermula pukul 7.45 pagi di 231 pusat peperiksaan, berjalan dengan lancar, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip.
Ketika dihubungi Bernama, Jame berkata sebanyak 41,106 pelajar di Sabah menduduki peperiksaan PT3 tahun ini dan daripada jumlah itu, 39,168 adalah calon sekolah kerajaan, manakala selebihnya calon sekolah swasta dan persendirian.
Di LABUAN, Ujian Bertulis PT3 yang diduduki 1,272 calon di 11 pusat peperiksaan di sini juga berjalan lancar.
Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Labuan, Norismah Ab Moin berkata 1,219 daripada jumlah calon adalah calon sekolah kerajaan, Sekolah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (42), calon swasta (8) dan persendirian (3).
Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan berkenaan, Norismah berkata guru-guru mata pelajaran tingkatan tiga di pulau itu telah diberi kursus dan latihan bagi membantu pelajar memahami sistem peperiksaan baharu yang menilai potensi pelajar secara holistik.
Di JOHOR BAHARU, sebanyak 52,678 murid menduduki peperiksaan itu di 278 buah sekolah seluruh negeri Johor, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Aminuddin Adam.
Beliau berharap semua calon dapat menjawab soalan dengan sabar dan tenang sepanjang peperiksaan PT3, agar negeri Johor terus cemerlang.
Di ALOR SETAR, sebanyak 36,675 pelajar tingkatan tiga di Kedah menduduki peperiksaaan itu di 221 pusat peperiksaan, kata Pengarah Pendidikan Kedah Datin Azuyah Hassan.
Di IPOH, sebanyak 39,574 pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan PT3 (PT3) bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu di 267 pusat peperiksaan di negeri ini.
Pengarah Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata ia melibatkan sebanyak 38,911 calon sekolah kerajaan dan 663 calon sekolah swasta.
"Setakat ini peperiksaan berjalan lancar dan tiada calon yang menduduki peperiksaan di hospital," katanya ketika dihubungi.
Di KUANTAN, sebanyak 25,425 pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan itu di 215 pusat peperiksaan, kata Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Razali Mohd.
Beliau berkata, peperiksaan itu turut melibatkan lima calon berkeperluan khas (CBK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya serta seorang yang menduduki peperiksaan di Hospital Temerloh.
"Setakat ini peperiksaan berjalan lancar yang melibatkan 781 petugas di seluruh Pahang," katanya.
Di SARAWAK, Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata sebanyak 39,583 calon menduduki peperiksaan PT3 di 198 pusat peperiksaan seluruh negeri.
Di SELANGOR, sebanyak 93,965 calon menduduki peperiksaan itu di 198 pusat peperiksaan seluruh negeri, kata Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Abdul Talib Hamid.
Bernama
Mon Oct 13 2014
![Lebih 450,000 calon duduki ujian bertulis PT3 Lebih 450,000 calon duduki ujian bertulis PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61413204154_295x200.jpg)
Ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. - Foto Bernama
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
![YBR sedia tanggung kos tuisyen pelajar jaga ibu bapa sakit kronik YBR sedia tanggung kos tuisyen pelajar jaga ibu bapa sakit kronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694338654_SyaifulRizal.jpg)
YBR sedia tanggung kos tuisyen pelajar jaga ibu bapa sakit kronik
Yayasan Bank Rakyat (YBR) sedia menanggung sebarang kos bagi memastikan Muhammad Adam tidak ketinggalan dalam pelajaran.
![Kata-kata negatif tidak patahkan semangat pelajar Orang Asli untuk cemerlang Kata-kata negatif tidak patahkan semangat pelajar Orang Asli untuk cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689934614_TokohMuridCemerlan.jpg)
Kata-kata negatif tidak patahkan semangat pelajar Orang Asli untuk cemerlang
Ddilemparkan dengan kata-kata negatif tidak mematahkan semangat Nurul Atiqah Ithnani Idrus, anak Orang Asli daripada suku kaum Semai untuk cemerlang dalam pelajaran.
![UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686142620_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu bantu pelajar memerlukan
Pelancarannya disempurnakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini.
![Azreen Nabila gigih bahagi masa antara pelajaran dan aksi di Tokyo Azreen Nabila gigih bahagi masa antara pelajaran dan aksi di Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625633356_AtletTerengganuAzr.jpg)
Azreen Nabila gigih bahagi masa antara pelajaran dan aksi di Tokyo
Gigih membahagikan masa antara pelajaran dan sesi latihan apabila bakal menduduki peperiksaan akhir semester kedua bermula 11-21 Julai ini.
![STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40 STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625115118_950x600.jpg)
STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40
554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.
![PdPR: Masalah capaian internet, dua pelajar terpaksa ulang alik 5km PdPR: Masalah capaian internet, dua pelajar terpaksa ulang alik 5km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624698941_belajar.jpg)
PdPR: Masalah capaian internet, dua pelajar terpaksa ulang alik 5km
Sejak PdPR dilaksanakan, mereka terpaksa menumpang di sebuah pondok untuk mengikuti kelas dan juga mengulangi pelajaran.
![220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun 220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613337269_hiroshioka.jpg)
220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun
Pelajar terbabit telah menyempurnakan kursus komprehensif selama 20 bulan di sini termasuk penguasaan Bahasa Jepun.
![Perlukah kaedah penilaian pelajar sekolah dirombak? Perlukah kaedah penilaian pelajar sekolah dirombak?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610793453_peperiksaan.jpg)
Perlukah kaedah penilaian pelajar sekolah dirombak?
Penilaian pelajar harus dalam pelbagai aspek ke arah pemikiran aras tinggi yang mencakupi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialisasi.
![Podcast Realiti Rakyat: Persediaan murid, guru luar bandar adaptasi pembelajaran dalam talian Podcast Realiti Rakyat: Persediaan murid, guru luar bandar adaptasi pembelajaran dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586582877_realitirakyat.jpg)
Podcast Realiti Rakyat: Persediaan murid, guru luar bandar adaptasi pembelajaran dalam talian
Bagaimana semua pihak boleh mainkan peranan untuk merapatkan jurang digital dalam pendidikan?