NILAI: Sebanyak 461.71 kilogram lebihan makanan dan 733 kilogram minuman dapat diselamatkan daripada dibuang ke tapak pelupusan sisa pepejal pada tahun lepas menerusi program Value Food No Waste anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual di bazar Ramadan tetapi masih boleh dimakan itu dapat diedar kepada golongan memerlukan hasil kerjasama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Negeri Sembilan serta peniaga.
Beliau berkata pada Ramadan kali ini, terdapat tiga tapak bazar terlibat dalam menjayakan program itu iaitu Bazar Lotus Nilai, Bazar Taman Semarak dan Bazar Bandar Baru Nilai.
"Mengikut statistik tahun lepas, kami mendapati kira-kira 4,086 tan metrik sisa makanan dibazirkan di negara ini yang kebanyakan masih boleh dimakan. Selain itu, secara purata setiap keluarga di negara ini telah membazirkan 500 gram hingga 800 gram makanan yang tidak dimakan.
"Menerusi kempen ini (MySaveFood: Value Food No Waste@Bazar Ramadan 2022), kami akan mengumpulkan makanan dan minuman yang masih boleh dimakan tetapi tidak terjual untuk diserah kepada penduduk sekitar bazar atau mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kempen MySaveFood: Value Food No Waste@Bazar Ramadan 2022 di Bazar Ramadan Nilai semalam.
Beliau berkata menerusi kempen tersebut tahun lepas, pihaknya dapat mengurangkan 10 peratus daripada lebihan makanan daripada terus dibuang ke tapak pelupusan sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kos pelupusan bagi sisa makanan tersebut.
"Kerajaan perlu membayar RM34 kepada operator tapak pelupusan sisa pepejal untuk satu tan sisa makanan dan minuman bagi dilupuskan. Oleh itu, SWCorp Negeri Sembilan menyarankan kepada pengunjung bazar supaya menghargai makanan dan elak pembaziran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Program Kempen MySaveFood: Value Food No Waste@Bazar Ramadan 2022 anjuran SWCorp dirasmikan di Bazar Ramadan Nilai semalam, 6 Apr 2022. - Foto Facebook SWCorp Negeri Sembilan
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.
Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.
Sisa makanan bazar Ramadan di N Sembilan dijangka meningkat 15 peratus
Peningkatan dijangka berlaku kerana penambahan lokasi dan peniaga di Bazar Ramadan di Negeri Sembilan berbanding tahun sebelum ini.
KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di selu
Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp
Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022
Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.17 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.
Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.
Aidilfitri: SWCorp N. Sembilan lupus lebih 6,000 tan sisa pepejal
Jumlah itu mengalami penurunan berbanding ketika perayaan Aidilfitri dalam tempoh sama tahun lepas.
90 tan metrik sampah pukal dikutip di Melaka sepanjang Ramadan
40 notis dikeluarkan kepada pemilik kediaman yang sering melonggokkan sisa buangan di kawasan tidak sepatutnya.