KUALA LUMPUR: Lebih 400 individu kenamaan (VVIP) dari seluruh Asia dijangka hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei depan.
Individu berkenaan terdiri daripada menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan negara.
Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine), Muhammad Aqlan Pacleb berkata, individu tersebut adalah mereka yang membuat keputusan dalam urusan perniagaan berkaitan industri terlibat di rantau ini sepanjang pameran itu berlangsung.
Beliau berkata, kehadiran individu berkenaaan dapat meyakinkan pempamer untuk menyertai pameran yang sekali gus mencipta potensi perniagaan untuk mereka.
"Kami akan mempunyai sekurang-kurangnya 410 VVIP yang merupakan pembuat keputusan dari rantau ini yang akan ditemui pempamer...kami janji mereka akan dapat lihat urusan perniagaan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.
LIMA 2023 bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia dengan edisi kali ini melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).
Muhammad Aqlan berkata, LIMA yang sinonim dengan pameran pertahanan dan keselamatan itu turut disertai Kementerian Pengangkutan (bagi sektor komersial) untuk kali kedua selepas edisi 2019.
Beliau mengakui Alpine sebagai penganjur LIMA 2023 pada mulanya sukar untuk meyakinkan pempamer untuk sektor komersial namun Kementerian Pengangkutan (MOT) percaya LIMA bukan sekadar pameran pertahanan dan keselamatan kerana ada syarikat yang bukan sekadar untuk memenuhi pasaran industri pertahanan dan keselamatan.
"Contohnya Airbus yang mengeluarkan enjin dan pembuat enjin jet pejuang pada masa yang sama, mereka turut menawarkan enjin untuk komersial...berdasarkan ini jadi kenapa kami tidak fokuskan ke arah itu kerana kami mempunyai sokongan yang kuat daripada MOT, mereka endors LIMA ini bukan setakat pameran pertahanan dan juga keselamatan tetapi juga untuk komersial," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine, Anita Jacobson berkata, LIMA 2023 turut menyasarkan pasaran luar negara bagi memastikan pameran itu bersifat antarabangsa.
"Kempen jualan dan pemasaran bermula di luar negara dan kami menyertai pameran yang sama di United Kingdom, Thailand, Singapura dan berjumpa kapten industri bagi memaklumkan LIMA 2023 akan dianjurkan (setelah edisi 2021 tidak diadakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu)," katanya.
Menurutnya, 600 syarikat telah mendaftar untuk menyertai pameran tersebut dengan 70 peratus penyertaan daripada syarikat antarabangsa dari 30 negara manakala 30 peratus lagi syarikat tempatan.
Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan pada 2019. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Lebih 400 individu kenamaan (VVIP) dari seluruh Asia dijangka hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei depan.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.
LIMA '23: 43 perjanjian berjumlah lebih RM10.1 bilion dimeterai Kementerian Pertahanan
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen
'Langkawi ini Kedah punya bos' - Sanusi
Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
LIMA '23 buka peluang IPT tempatan teroka bidang baharu TVET
Penganjuran LIMA '23 selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
PM Anwar melawat LIMA '23 di MIEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.
40 pegawai KPDN dihantar, pantau harga barang di LIMA 2023 - Salahuddin
KPDN akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke LIMA 2023 bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.
Guna pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke LIMA'23
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.