LANGKAWI: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata daripada jumlah itu RM10 bilion adalah melibatkan Surat Setuju Terima (LoA) antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan pertahanan.
"Kebanyakan yang akan kita tandatangani adalah LoA dan sekiranya dah capai kata sepakat dan beberapa lagi perolehan yang dipersetujui, kita akan tandatangani untuk memuktamadkan.
"Jadi hasil penganjuran LIMA '23 kali ini dari segi nilai komersial, Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pengangkutan adalah hasil yang baik dan akan beri pulangan yang baik kepada negara dan industri tempatan kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau tapak pameran segmen maritim LIMA '23 di Resort World Langkawi, di sini hari ini.
Menurut Mohamad, penyertaan LIMA '23 amat menggalakkan dan memberi peluang syarikat tempatan dan luar negara dari pelbagai negara mempamerkan teknologi dan senjata serta aset.
Ia termasuk penyertaan daripada lima negara yang terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Ada 119 kapal terbang termasuk statik dan aerobatik dan 40 kapal laut termasuk kapal Malaysia akan dipamerkan untuk tontonan umum termasuk dari negara-negara lain.
"Jadi sambutan amat baik dan ada negara yang nak hantar penyertaan di saat akhir terpaksa kita tidak menerima penyertaan mereka kerana mengambil kira beberapa perkara termasuk tempat," katanya.
Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, LIMA '23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Mohamad mengadakan sidang media selepas melakukan tinjauan bersama media sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 23) di Resort World Langkawi hari ini. - Foto Bernama
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

TLDM harap lebih banyak tentera laut luar sertai LIMA
TLDM berharap agar penganjuran LIMA '23 di masa hadapan dapat menarik lebih banyak penyertaan tentera laut dari luar.

LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.

Kerajaan teliti situasi COVID-19 sebelum buat keputusan penganjuran LIMA, DSA - Hishammuddin
Banyak perbincangan perlu diadakan dengan pihak industri dan berkepentingan termasuk dari luar negara bagi mengetahui status pembabitan mereka dalam pameran itu.

LTDL ditunda selepas LIMA selesai
Kerajaan tidak mahu dua program besar berlangsung pada tarikh yang sama.