Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat lebih 400 laman web yang mengandungi gangguan seksual kanak-kanak dari 2015-2018 menerusi kerjasama dan pertukaran maklumat dengan pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis Diraja Malaysia.
Ketua Pegawai Pematuhan SKMM Zulkarnain Mohd Yassin berkata tindakan telah diambil mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia yang melarang pembekal perkhidmatan kandungan aplikasi atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan itu untuk mengeluarkan atau cuba mendapatkan kandungan tidak sopan, lucah, tidak benar, mengungut atau menyinggung perasaan dengan tujuan hendak mengusik, menggangu, mengancam atau menjengkelkan sesiapa juga.
"SKMM telah bekerjsama dengan lapan syarikat telekomunikasi utama dan pembekal perkhidmatan Internet untuk membolehkan perisian yang memberi kawalan kepada ibu bapa dapat dibeli pada harga berpatutan," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Bengkel dan Seminar Industri Tentang Eksploitasi dan Gangguan Seksual 2019 di ibu pejabat SKMM di sini hari ini.
Seminar dua hari itu yang bermula hari ini dianjurkan bersama oleh SKMM dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
Zulkarnain berkata kejayaan dalam memastikan bahawa persekitaran dalam talian yang selamat buat kanak-kanak bergantung kepada kolaborasi dan kerjasama pelbagai pemegang taruh dan memerlukan peranan yang komprehensif dalam meningkatkan literasi media selain membina ketahanan dalam persekitaran yang dikawal oleh peraturan yang baik.
Sementara itu, Ketua Jabatan Literasi Digital SKMM Elvira Shamsuddin dalam pembentangannya tentang trend di Malaysia berkata hanya 12.2 peratus ibu bapa menggunakan perkhidmatan kawalan ibu bapa untuk memastikan keselamatan dalam talian anak-anak mereka.
"Ibu bapa lain memilih untuk memeriksa akaun media sosial anak-anak mereka atau menyemak sejarah kegunaan pelayar (browser history), berbincang dengan anak-anak tentang keselamatan dalam talian, duduk menemani anak-anak ketika mereka menggunakan Internet dan menetapkan had tentang penggunaan Internet oleh anak-anak mereka," katanya.
Elvira berkata masyarakat perlu melakukan lebih lagi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak semasa menggunakan Internet.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Hanya 12.2 peratus ibu bapa di Malaysia menggunakan perkhidmatan kawalan ibu bapa untuk memastikan keselamatan dalam talian anak-anak mereka. - Gambar hiasan

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.

Lebih 400 laman web mengandungi gangguan seksual kanak-kanak disekat
SKMM telah bekerjsama dengan lapan syarikat telekomunikasi utama dan pembekal perkhidmatan Internet untuk membolehkan perisian yang memberi kawalan kepada ibu bapa dapat dibeli pada harga berpatutan.