Lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di Negeri Sembilan dilaporkan terbakar pada Sabtu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis.
Beliau berkata pihaknya menerima 32 panggilan mengenai kebakaran hutan dan belukar pada Sabtu dan yang terkini mengenai kebakaran hutan di daerah Rembau bersempadan dengan Tampin melibatkan kawasan seluas 8.1 hektar.
"Pada hari ini (Sabtu) juga saya telah mengarahkan cuti semua anggota dibekukan dan diarahkan untuk bertugas membantu pemadaman api hutan di kawasan berkenaan. Operasi untuk mengawal api daripada merebak melibatkan pasukan Balai Bomba Rembau dan Tampin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya lapan unit chalet dan dua kabin yang dijadikan pejabat di kawasan peranginan yang telah lama ditinggalkan dan terbengkalai di Kampung Belakang, Kuala Sawah dekat sini turut musnah dalam kebakaran kira-kira 2.20 petang Sabtu.
Bagaimanapun, katanya bomba berjaya menyelamat tiga unit chalet daripada musnah dalam kebakaran itu.
"Siasatan awal kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada kebakaran kawasan hutan dan belukar seluas 15 hektar berhampiran dan merebak pantas ekoran tiupan angin dan cuaca kering," katanya.
Norazam berkata empat pegawai termasuk dirinya dan 26 anggota beserta tiga jentera terlibat dalam kerja-kerja pemadaman.
Bernama
Sun Feb 16 2014
![Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81392514094_295x200.jpg)
Api kelihatan marak membakar belukar di Kampung Belangkan, Kuala Sawah. Lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di Negeri Sembilan terbakar akibat kejadian pembakaran terbuka hari ini. -Foto BERNAMA
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![Rangka manusia ditemukan dalam belukar Rangka manusia ditemukan dalam belukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717019942_tbv.jpg)
Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.
![61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang 61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615636481_TanahPerkuburanCin.jpg)
61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang
Sejak Januari hingga 11 Mac lepas, pihaknya menerima 680 laporan kebakaran akibat pembakaran terbuka.
![Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609504494_Mayatlelaki.jpg)
Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak
Mangsa yang berusia 34 tahun dikenal pasti mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Australia gunakan kapal terbang 'jatuhkan' makanan untuk haiwan liar Australia gunakan kapal terbang 'jatuhkan' makanan untuk haiwan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578823358_carrots.jpg)
Australia gunakan kapal terbang 'jatuhkan' makanan untuk haiwan liar
Kerajaan New South Wales menjatuhkan makanan untuk memastikan haiwan terkandas tidak kekurangan sumber makanan.
![Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552183461_GambutTerbakar.jpg)
Cuaca panas: Kebakaran hutan Terengganu dijangka meningkat
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, bagi sembilan hari pertama bulan ini, sebanyak 65 kes kebakaran terbuka, termasuk hutan, tanah gambut dan belukar, telah direkodkan.
![Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41430920899_295x200.jpg)
Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.
![Kemarau punca kebakaran di utara - Bomba Kedah Kemarau punca kebakaran di utara - Bomba Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393060252_295x200.jpg)
Kemarau punca kebakaran di utara - Bomba Kedah
Kemarau yang melanda di utara kebelakangan ini telah mengakibatkan kebakaran di beberapa kawasan terbuka seperti lalang, belukar dan tapak pembuangan sampah.
![Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81392514094_295x200.jpg)
Lebih 40 hektar hutan dan belukar terbakar di Negeri Sembilan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerima 32 panggilan mengenai kebakaran hutan dan belukar pada Sabtu.