MELAKA: Lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan, terbabit dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata daripada jumlah itu, lebih 29,000 orang terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala lebih 9,000 orang terdiri daripada pasangan mereka.
"Nasihat saya, pilihlah calon yang dilihat dapat mentadbir negeri dengan baik...masing-masing ada pilihan sendiri, tepuk dada tanya selera.
"Kita tidak paksa anggota atau pegawai TDM untuk mengundi calon tertentu," katanya kepada pemberita selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak di sini hari ini.
Raja Muda Selangor Kapten Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyertai UKM TD 2023, selain turut disertai Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Dalam pada itu, Mohammad berkata TDM sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan Op Neraca di enam negeri terbabit, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sepanjang PRN berkenaan berlangsung di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.
Beliau berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi mengenal pasti lokasi panas di enam negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau situasi yang boleh menggugat ketenteram awam, dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi terlibat.
Terdahulu, mengulas berkenaan UKM TD 2023, Mohammad berkata 715 pegawai dan anggota daripada formasi pemerintahan dan divisyen, menyertai pertandingan UKM TD 2023 yang berlangsung bermula 21 Julai hingga hari ini.
Beliau berkata UKM TD merupakan acara pertandingan menembak dwitahunan, yang bertujuan menilai kemampuan dan tahap kemahiran anggota TDM dalam aspek pengendalian senjata secara individu dan berkumpulan.
"Pertandingan ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan jaguh menembak, yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TDM dalam pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).
"Secara tidak langsung, ujian ini telah mempamerkan kredibiliti TDM yang sentiasa bersiap sedia dan komited dalam menggalas tugas utama, iaitu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," katanya.
UKM TD 2023 terbahagi kepada dua kategori iaitu acara wajib antaranya Raifal Lelaki, Pistol Lelaki, Senjata Bantuan, Lorong Hutan dan Serangan Seksyen, manakala bagi kategori sampingan pula ialah acara Raifal dan Pistol Wanita, Pegawai Kanan dan Pegawai Muda, Sniper serta Jatuh Piring.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata daripada jumlah itu, lebih 29,000 orang terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala lebih 9,000 orang terdiri daripada pasangan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
[TERKINI] Keir Starmer dijangka menang majoriti besar
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri Britain seterusnya Parti Buruh dipimpin beliau dijangka memenangi dengan majoriti besar dalam pilihan raya Parlimen.
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.