SHAH ALAM: Lebih 300 premis makanan di negeri ini telah mendaftar bagi menyertai program Menu Rahmah sejak ia dilancarkan 31 Jan lepas, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey.
Beliau berkata sebanyak 200 premis telah mula menawarkan Menu Rahmah manakala selebihnya akan bermula dalam masa terdekat.
"Walaubagaimanapun data kami (KPDN Selangor) masih belum menyeluruh, kami jangkakan jumlah itu lebih besar daripada jumlah asal," katanya selepas majlis pelancaran program Menu Rahmah peringkat Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Restoran Deli Thai, Seksyen 7, di sini.
Beliau berkata pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan premis-premis yang menawarkan Menu Rahmah menyajikan makanan yang berkhasiat dan kualitinya tidak berkurangannya.
Mohd Zawawi berkata pihaknya sangat menggalakkan para peniaga untuk mengikuti program itu secara sukarela supaya dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terjejas.
"Restoran Deli Thai di Pusat Komersial di sini adalah contoh terbaik kerana menawarkan 11 Menu Rahmah kepada pengunjung terutamanya mahasiswa universiti yang kita tahu belum ada pendapatan sendiri," katanya.
Menu Rahmah dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 31 Jan lepas merupakan hidangan tengah hari atau malam yang seimbang, lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran, serta ditawarkan pada harga RM5 sepinggan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Mohd Zuhairi berkata, sebanyak 200 premis telah mula menawarkan Menu Rahmah manakala selebihnya akan bermula dalam masa terdekat. - Foto BERNAMA
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.