LABUAN:Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di sini menjalani ujian COVID-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.
Satu pesanan menerusi WhatsApps yang dihantarkan kepada ibu bapa oleh guru besar sekolah itu Anita Shyamini S. Azman mengingatkan pelajar dan ibu bapa yang merupakan kontak rapat kepada pelajar tersebut untuk menjalani ujian tersebut antara jam 8.30 hingga 11 pagi hari ini.
Pengarah Pelajaran Labuan Khaziyati Osman memberitahu Bernama, Jabatan Kesihatan Labuan telah memaklumkan mengenai pelajar yang positif tersebut dan keperluan untuk menjalankan ujian itu terhadap pelajar dan guru-guru, hari ini.
"Kami dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Labuan keperluan untuk membuat ujian pada pelajar dan guru yang merupakan kontak rapat pelajar terbabit, dan apa yang kami tahu pelajar terbabit telahpun diuji positif sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan," katanya.
Kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Saguking Laut dan Sebor Baru (beberapa ratus meter dari SK Pekan 1) dari 21 Okt hingga 3 Nov.
Labuan dikenakan PKPB dari 17 hingga 31 Okt, dengan 169 kes positif dilaporkan semalam (21 Okt).
Sekolah pertama di arahkan ditutup sementara untuk sanitasi merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara pada 8 Okt, apabila dua pelajar diuji positif, diikuti SK Kerupang dengan seorang pelajar dan SMK Pantau (dua pelajar positif) masing-masing pada 14 dan 20 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020

Jabatan Kesihatan Labuan telah memaklumkan mengenai pelajar yang positif tersebut dan keperluan untuk menjalankan ujian itu terhadap pelajar dan guru-guru, hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lebih 300 pelajar, guru, SK Pekan 1 Labuan, jalani ujian COVID-19
Lebih 300 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1 di Labuan menjalani ujian COVID-19 di kantin sekolah itu, apabila seorang pelajar sekolah itu telah diuji positif beberapa hari lepas.