KUALA LUMPUR: Sebanyak 373 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah di 15 buah sekolah di seluruh negara sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan Program Jom Belajar iaitu Program Khas Murid Orang Asli (PROKHAS) dan Chup Badui Sikulah (CBS) khusus untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah.
"KPM sentiasa memberikan perhatian serius kepada isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang berpunca daripada taraf hidup daif di pedalaman, kekurangan infrastruktur pendidikan dan kemudahan logistik yang sempurna.
"Antara pendekatan diambil KPM dalam menangani isu keciciran murid Orang Asli ialah dengan mengadakan sesi libat urus dan Program Ziarah Kasih bersama-sama komuniti Orang Asli di perkampungan masyarakat Orang Asli," katanya menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai usaha menyelesaikan isu keciciran kanak-kanak Orang Asli.
Lim berkata KPM juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengesan keberadaan kanak-kanak Orang Asli yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah.
Selain itu, beliau berkata KPM turut melaksanakan peluasan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dalam usaha menangani isu kehadiran murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan kawasan terpencil.
Sementara itu, Lim berkata KPM sentiasa berusaha untuk memastikan murid mempunyai peranti bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan teknologi digital di samping mengurangkan jurang digital.
"Namun begitu, usaha ini bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan, dalam masa sama, KPM sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mempercepatkan pemilikan peranti dalam kalangan murid," katanya.
Beliau berkata antara inisiatif di bawah Teras Empat Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang dilancarkan pada 28 Nov lepas, menumpukan penyediaan akses kepada peranti digital untuk setiap murid melalui pelbagai mekanisme.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) sama ada KPM mempunyai perancangan tertentu ke arah pembentukan DPD bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan negara.
DPD terdiri daripada enam teras strategik iaitu Murid Fasih Digital, Pendidik Kompeten Digital, Budaya Kepemimpinan Digital Berwawasan, Pengupayaan Infostruktur dan Infrastruktur, Kandungan Digital Berkualiti dan Rakan Strategik yang Komited.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Hui Ying berkata KPM telah melaksanakan Program Jom Belajar untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
Seramai 159,027 lepasan SPM ditawar lanjut pengajian di IPTA
Seramai 159,027 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ditawarkan ke tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.
KPKM rancang jadikan Orang Asli penggerak tanaman durian berskala besar - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perancangan menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai antara penggerak utama bagi penanaman durian berskala besar di negara ini.
Kanak-kanak Orang Asli Kuala Betis dikhuatiri lemas
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di Sungai Nenggiri, petang tadi.
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.