KUALA LUMPUR: Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, yang terlibat dengan projek pembangunan semula kawasan tersebut, memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberi penangguhan, sebaliknya meneruskan projek tersebut dengan segera.
Wakil penduduk Mohd Adam Abdul Aziz berkata permohonan itu susulan laporan media yang memaklumkan penangguhan selama sebulan lagi atau sehingga suatu tarikh tertentu dibuat, supaya rundingan antara penduduk dan pihak berkepentingan dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berbangkit.
"Kami telah menunggu pembangunan ini selama lebih enam tahun. Proses pengambilan tanah adalah kaedah terakhir bagi merealisasikan hasrat kami yang telah bersetuju untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan baik sekali gus menaik taraf kehidupan kami," katanya pada sesi penyerahan memorandum hari ini.
Memorandum bagi menggesa tindakan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin di kawasan kampung tersebut hari ini.
Sementara itu, Azman berkata memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
Perancangan pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 dan mendapat persetujuan majoriti penduduk iaitu lebih 260 penduduk namun belum dapat diteruskan kerana mendapat tentangan 37 penduduk yang tidak bersetuju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Perancangan pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 dan mendapat persetujuan majoriti penduduk iaitu lebih 260 penduduk namun belum dapat diteruskan. - Gambar hiasan
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Naratif tidak benar pembangunan Kampung Sungai Baru perlu diperbetul - Zaliha
Naratif tidak benar sesetengah pihak berhubung isu pembangunan Kampung Sungai Baru di Kampung Baru perlu diperbetulkan bagi memastikan tidak bercanggah dengan fakta sebenar.
Kampung Sungai Baru jadi Kampung Angkat Menteri Agama
Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
Banjir pulih, dua PPS di Taiping ditutup
PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Sungai Baru, Trong yang menempatkan 14 mangsa dari empat keluarga ditutup jam 7.30 malam tadi.
Pengambilan tanah Sungai Baru, Kampung Baru diteruskan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) bersetuju pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, diteruskan.
Penduduk harap pembangunan Kampung Sungai Baru diselesaikan segera
Sejak dari awal lagi, pemaju menawarkan unit kondominium kepada semua penduduk yang terjejas dan difahamkan, nilai satu unit mencecah RM800,000 dan ada yang melebihi RM1 juta.
Ramadan yang hiba, Aidilfitri yang suram buat penduduk Kampung Sungai Baru
Suasana di kampung tersebut sunyi, tak tahulah mungkin kerana puasa atau kerana penduduk kini hanya menghitung hari untuk meninggalkan rumah yang sudah lama mereka duduki.
PKB hanya bertindak sebagai fasilitator dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru
Perjanjian usaha sama tersebut adalah antara pemilik tanah/petak dengan Ritzy Gloss Sdn Bhd.