Tiada zon penampan di daerah Pasir Gudang yang menempatkan 2,005 kilang dengan 250 daripadanya merupakan kilang berasaskan bahan kimia.
Mengakui perkara tersebut, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin menegaskan ketiadaan zon penampan menyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini.
Justeru, pihaknya yang memandang serius berkenaan isu kelestarian di Pasir Gudang akan mengambil beberapa langkah segera.
"Mengadakan analisis loading capacity dan buffer zones bagi mengurangkan risiko bencana bahan kimia. Mewujudkan sistem untuk menentukan 'carrying capacity' udara di Pasir Gudang dengan menggunakan kaedah 'Air Dispersion Modelling' seperti mana yang diamalkan di negara negara maju.
"Membina stesen pencerapan gas automatik yang dapat memberi amaran bencana kimia yang lebih cekap dan pantas. Ini dapat membantu pihak berkuasa untuk bertindak lebih proaktif.
"Pasir Gudang akan menjadi kawasan industri berat yang pertama yang mempunyai sistem pemantauan kualiti persekitaran otomatik di negara ini. Rekabentuk struktur dan sistem stesen pemantauan ini akan ditentukan berdasarkan kajian yang akan dijalankan," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.
Jelas Bee Yin, pihaknya mensasarkan kesemua cadangan tersebut dapat dilaksanakan dengan kadar segera sebelum hujung tahun ini.
Malah, MESTECC juga akan mengadakan satu sesi libat urus bersama industri bahan kimia di Pasir Gudang pada Isnin ini.
Susulan kejadian pelajar sesak nafas di daerah itu sejak 20 Jun lalu, MESTECC menerusi agensinya mengesan kehadiran gas Methyl Mercaptan menerusi bacaan gas yang dibuat baru-baru ini.
Akibat persekitaran udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang anomaly (luar biasa) seperti ini akan memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma.
Dua gas lain yang turut dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein.
Bagaimanapun, ketiga-tiga gas tersebut, tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jun 28 2019
![Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561699541_DzulkeflyYeoBeeYin.jpg)
Menteri MESTECC, Yeo Bee Yin (kiri) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) mengadakan sidang media bersama susulan kejadian pencemaran di Pasir Gudang sejak 20 Jun lalu. - Foto BERNAMA
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561699541_DzulkeflyYeoBeeYin.jpg)
Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan
Mengakui perkara tersebut, Menteri MESTECC, Yeo Bee Yin menegaskan ketiadaan zon penampan menyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini.