KUANTAN: Sebanyak 15,724 daripada 422,472 pili bomba di seluruh negara didapati mengalami kerosakan dan perlu diganti, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.
Beliau berkata berdasarkan laporan pemeriksaan tahun lepas, antara jenis kerosakan yang berlaku ialah pili bomba diturap sama ada menggunakan tar, tanah atau pasir, bocor akibat paip pecah, dihalang atau terkepung dan spindle injap patah, ketat atau tidak berfungsi.
"Terdapat empat jenis kerosakan utama yang memerlukan peruntukan penyelenggaraan yang tinggi iaitu melibatkan saluran pili bomba, injap pili bomba, kehilangan penutup tiang alur keluar, dan juga menaik taraf pili bomba bawah tanah kepada pili bomba bertiang.
"Bagi kerosakan pili bomba yang kecil seperti saluran pili bomba dipenuhi pasir, tanah atau sampah, pegawai bomba yang melakukan pemeriksaan dan ujian akan terus membuat pembersihan bagi memastikan pili bomba bersih dan baik untuk digunakan pada bila-bila masa," katanya.
Nor Hisham berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 JBPM dan Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di Ibu Pejabat JBPM Pahang, di sini, hari ini.
Majlis yang turut dihadiri Pengarah JBPM negeri, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa itu menyaksikan seramai 78 anggota dan pegawai menerima APC manakala lima lagi menerima sijil penghargaan perkhidmatan 30 tahun.
Nor Hisham berkata pihaknya kini melakukan pemeriksaan pili bomba sebanyak tiga kali setahun terutama dalam radius tujuh kilometer dari pusat bandar kerana pili bomba terlibat tidak boleh gagal berfungsi jika berlaku kebakaran.
Pada perkembangan lain, Nor Hisham berkata pihaknya telah melakukan persiapan awal bagi mengelakkan kejadian kebakaran hutan khususnya di tanah gambut, ekoran fenomena cuaca panas berterusan yang melanda negara.
"Kita kini dijangka menghadapi musim kering dan kegiatan pembakaran secara terbuka juga boleh mendatangkan masalah besar iaitu kebakaran hutan. Kita sudah meminta semua bomba negeri bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pemilik ladang untuk tidak melakukan pembakaran terbuka," katanya.
Selain itu, pemilik ladang yang bersempadan dengan kawasan hutan juga diminta menaikkan paras air empangan kecil yang ada bagi mempercepatkan usaha memadamkan api dan mengelakkannya terus merebak jika berlaku kebakaran.
Sementara itu, dalam ucapannya, Nor Hisham berkata Unit Integriti JBPM telah menerima 80 aduan pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas, dengan salah laku menjadi kesalahan tertinggi iaitu 52 kes selain kes melibatkan salah guna kuasa, rasuah, pentadbiran, pengurusan dan kewangan.
Daripada jumlah kes itu, 35 aduan didapati berasas dengan 19 daripadanya dikeluarkan surat peringatan atau teguran, lapan kes disyorkan penambahbaikan, tujuh kes disyorkan tindakan tatatertib dan satu kes dirujuk kepada agensi penguatkuasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Sebanyak 15,724 daripada 422,472 pili bomba di seluruh negara didapati mengalami kerosakan. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Lebih 15,000 pili bomba rosak, perlu diganti
Sebanyak 15,724 daripada 422,472 pili bomba di seluruh negara didapati mengalami kerosakan dan perlu diganti.

JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara
JBPM diarah melakukan operasi besar-besaran untuk memeriksa dan memastikan pili bomba di seluruh negara berada dalam keadaan baik.

Penggunaan air pili bomba dibenarkan - AKSB
AKSB memaklumkan penggunaan air daripada pili bomba untuk tujuan kecemasan dan atas kepentingan awam dibenarkan.

Salah guna pili bomba tanpa kebenaran
Hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

KPKT siasat dakwaan MP ambil air daripada pili bomba untuk bekal air bersih
Mana-mana pihak tidak sepatutnya dengan sengaja mengambil air daripada pili bomba.

Peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak halang laluan bomba
Mereka juga diingatkan untuk tidak membuka gerai di kawasan berdekatan dengan pili bomba bagi memudahkan tugas anggota ketika berlaku kebakaran.

Kebakaran kilang: Bomba berdepan kesukaran akibat ketiadaan pili air
Pihak bomba menghadapi masalah bekalan air kerana kilang berkenaan tidak mempunyai pili air.

12 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna
Lima jentera dengan 31 anggota ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.02 malam.