MELAKA: Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Jan lepas, kata Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Zaini Jass.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005 perjawatan) dan pegawai awam (1,455 perjawatan).
"Secara keseluruhan sehingga 31 Januari lepas, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dan kekosongan yang berlaku disebabkan kesukaran untuk melaksanakan latihan atau kursus bagi mengisi perjawatan yang ada, ekoran penularan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.
"Pada tahun ini kami sedang dan akan melatih sebanyak 5,000 individu bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai rendah polis dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan dan baki kekosongan yang ada dijangka dapat diisi menjelang akhir tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun terdapat kekosongan perjawatan namun ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi peralihan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata anggota atau pegawai polis boleh memohon untuk berpindah atau bertugas di negeri asal namun ia bergantung kepada beberapa syarat yang ditetapkan.
"Dasar kami tidak berubah. Mereka boleh membuat permohonan dan mempertimbangkannya tetapi umur mereka perlulah menghampiri usia persaraan dan terdapat kekosongan di negeri yang dimohon," katanya.
Terdahulu Zaini menyaksikan upacara serah tugas jawatan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali kepada kepada Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah sebagai pemangku jawatan berkenaan.
Abdul Majid, 60, yang bersara wajib setelah hampir 40 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM sejak 27 Dis 1982 berkata beliau akan melibatkan diri dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus pada kebajikan masyarakat.
"Sebagai pegawai polis, saya telah lama memberi perkhidmatan dan mendampingi masyarakat jadi jiwa saya dengan masyarakat dah sebati...saya rasa saya tidak boleh berhenti untuk terus beri bakti tetapi bukan sebagai penguat kuasa undang-undang tetapi sebagai NGO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

ZAINI: Walaupun terdapat kekosongan perjawatan namun ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi peralihan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.