Ringkasan AI
- Lebih daripada 10 pempengaruh media sosial ditangkap oleh polis kerana didakwa mempromosikan aktiviti judi dalam talian. Mereka kebanyakannya mempunyai pengikut di media sosial antara 10,000 hingga 30,000.
- Modus operandi mereka adalah dengan memuat naik pautan laman judi dalam talian di Instagram masing-masing melalui 'Insta Story' dan mengajak orang ramai untuk menyertainya.
- Pihak berkuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meningkatkan usaha untuk menangkap pempengaruh yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian. Mereka ditahan dan disiasat di bawah dua undang-undang yang berbeza dan kini ditahan direman selama dua hingga empat hari.
Menurut sumber, kebanyakan mereka ditahan di sekitar ibu negara dalam operasi besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti judi dalam talian, pada Khamis.
"Kebanyakan pempengaruh yang ditahan mempunyai lebih daripada 10,000 hingga 30,000 pengikut di laman media sosial mereka.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan memuat naik pautan laman judi dalam talian itu di media sosial Instagram masing-masing melalui 'Insta Story' dan mengajak orang ramai untuk menyertainya.
"Rata-rata mereka yang ditahan kebanyakannya adalah wanita dan anak muda yang tanpa segan silu mempromosikan aktiviti haram tersebut," katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempergiatkan usaha memburu pempengaruh yang 'galak' mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.
"Kebanyakan pempengaruh yang ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
"Mereka kini ditahan direman selama dua hingga empat hari," ujarnya.