JITRA: Lebih 10 jambatan kecil yang rosak akibat beberapa siri kejadian banjir di Kupang dekat Baling, telah pun dibaiki secara berperingkat menerusi gotong-royong yang dijalankan penduduk di kawasan yang terjejas akibat bencana itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Datuk Najmi Ahmad berkata jambatan berkenaan, dibaik pulih dengan menggunakan peruntukan yang diberikan kerajaan negeri kepadanya, sebagai wakil rakyat.
"Perubahan musim ini telah menyebabkan hujan turun dalam jumlah yang banyak, sehingga menyebabkan banyak infrastruktur seperti jalan dan jambatan kecil yang menghubungkan laluan kampung rosak.
"Jadi, untuk kerosakan kecil itu, saya guna peruntukan sebagai wakil rakyat dengan anggaran RM2,000 bagi setiap jambatan dan saya ambil pendekatan untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih secara bergotong royong," katanya ketika ditanya mengenai tindakan susulan yang diambil di kawasan yang terlibat banjir di Kupang, Baling.
Terdahulu Najmi merasmikan majlis penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) kepada 145 bakal pesara di sini hari ini.
Najmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah berkata beliau akan menyediakan segala bahan yang diperlukan, seperti simen dan penduduk kampung yang terlibat yang akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih berkenaan.
"Bagi kerosakan yang lebih besar, ia perlu melalui agensi lain antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kita akan salurkan maklumat berkaitan kepada pihak terlibat untuk pemohonan baik pulih jambatan yang segera," katanya.
Pada 1 Dis, hujan lebih dua jam menyebabkan lebih 50 rumah di tujuh kampung di Kupang, Baling dilanda banjir kilat sehingga memusnahkan beberapa jambatan kecil termasuk di Kampung Tanjung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Datuk Najmi Ahmad berkata jambatan berkenaan, dibaik pulih dengan menggunakan peruntukan yang diberikan kerajaan negeri kepadanya, sebagai wakil rakyat.- Gambar Astro AWANI
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.