KUCHING:Pembinaan jaringan Laluan Keselamatan Sempadan dengan jarak 1.032 kilometer telah dicadangkan memandangkan kepentingan keselamatan sempadan tidak boleh dipandang ringan.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, jaringan laluan itu akan bermula dari Biawak ke Lubok Antu melalui bahagian Kapit dan Sungai Baram Atas sebelum ke Bario dan akhirnya dihubungkan dengan Jalan Hubungan Sarawak-Sabah (SSLR).
Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, anggaran pembinaan laluan itu bernilai RM24 bilion dan kementeriannya akan memohon peruntukan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
"Jalan Keselamatan Sempadan ini apabila siap kelak akan membolehkan kita melindungi hasil bumi negeri seperti Paip Gas Sarawak-Sabah dan empat empangan hidroelektrik iaitu, Empangan Bakun, Murum, Baleh dan Batang Ai, yang semuanya terletak berdekatan dengan sempadan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
Selain itu, Masing memberitahu, kementeriannya turut membantu agensi lain dalam melaksanakan 142 projek infrastruktur rakyat bernilai RM5.6 bilion.
Setakat 3 November ini, daripada 142 projek itu, 16 projek sudah siap; 78 masih dalam pembinaan manakala 48 lagi di bawah reka bentuk.
Katanya, ia melibatkan 85 projek pembinaan jalan; 27 jambatan; 24 bangunan; empat jeti dan dua lapangan terbang.
Dalam pada itu, Masing berkata, kerajaan GPS akan mencari jalan untuk mempercepatkan pembinaan dan menyiapkan Jalan Pesisir dan Lebuhraya Kedua bagi membolehkan rakyat di negeri itu menikmati pembangunan tersebut apabila siap kelak.
"Setakat ini, di bawah Jalan Pesisir dan Lebuhraya Kedua terdapat 13 jambatan yang mana 10 daripada sedang dalam pembinaan manakala tiga lagi dalam proses dokumentasi," katanya.
Astro Awani
Fri Nov 13 2020
![Lebih 1,000 kilometer dicadang sebagai laluan Keselamatan Sempadan - Masing Lebih 1,000 kilometer dicadang sebagai laluan Keselamatan Sempadan - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602667689_JamesJemutMasing.jpg)
Pembinaan jaringan Laluan Keselamatan Sempadan dengan jarak 1.032 kilometer telah dicadangkan. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lebih 1,000 kilometer dicadang sebagai laluan Keselamatan Sempadan - Masing Lebih 1,000 kilometer dicadang sebagai laluan Keselamatan Sempadan - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602667689_JamesJemutMasing.jpg)
Lebih 1,000 kilometer dicadang sebagai laluan Keselamatan Sempadan - Masing
Pembinaan jaringan Laluan Keselamatan Sempadan dengan jarak 1.032 kilometer telah dicadangkan memandangkan kepentingan keselamatan sempadan tidak boleh dipandang ringan.