KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan logistik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Pelaburan yang diraih termasuk komitmen daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.
Perdana Menteri memulakan lawatan kerja selama dua hari ke UAE pada 5 Oktober.
Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar telah diadakan hari ini.
"Kami amat berbesar hati kerana walaupun tempoh lawatan kerja yang singkat, kami berjaya meraih pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion. Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE adalah kukuh dan meliputi pelbagai sektor.
"Sejajar dengan misi Push for Net Zero Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), penyelesaian tenaga boleh baharu dan rendah karbon menjadi aspek penting dalam pelaburan sasaran baharu Malaysia," kata Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya kerjasama strategik MITI dengan Masdar dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan memberi laluan kepada aspirasi Malaysia terhadap teknologi baharu yang memberi keutamaan kepada penyelesaian rendah karbon, pembuatan hijau dan ekonomi kitaran.
Sementara itu, MIDA dan UAEIIC turut bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada bagi meningkatkan kerjasama ekonomi mampan Malaysia-UAE untuk meningkatkan aliran pelaburan yang mampan antara kedua-dua negara.
Tengku Zafrul turut menjadi hos kepada sesi meja bulat dengan pemimpin industri, yang termasuk rakan sejawatannya, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar UAE Dr Thani Ahmed Bin Al Zeyoudi. Sesi itu telah menarik lebih 40 wakil daripada 21 syarikat UAE, termasuk Abu Dhabi National Oil Company, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu Group dan Royal Jet.
Kebanyakan syarikat ini adalah pelabur sedia ada dan telah menyatakan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.
Satu lagi hasil utama daripada lawatan kerja itu ialah pengumuman kepimpinan baharu untuk Majlis Perniagaan Malaysia-UAE (MUBC).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz telah dilantik sebagai pengerusi bagi bahagian Malaysia manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy Rashid Alblooshi telah dilantik sebagai pengerusi untuk bahagian UAE.
MUBC telah ditubuhkan secara bersama pada 2012 oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia serta Federation of UAE Chambers of Commerce and Industry.
Pada 2022, UAE menjadi rakan dagang kedua terbesar dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk.
Perdagangan dua hala mencecah RM38.73 bilion pada 2022, mewakili peningkatan yang ketara sebanyak 73.5 peratus tahun ke tahun. Dari segi pelaburan, UAE kini pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan menduduki tempat kedua terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.
Sejumlah RM6.19 bilion pelaburan daripada 44 projek pembuatan dari UAE telah diluluskan setakat Jun 2023, berpotensi menjana 4,534 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Pelaburan yang diraih termasuk komitmen sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia. - Facebook Anwar Ibrahim
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
Bekas pensyarah rugi RM170,000 akibat sindiket pelaburan pokok kenaf
Bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTA) kerugian RM170,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan penanaman pokok kenaf.
Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri - Abang Johari
Sarawak pertimbang penubuhan sebuah entiti disatukan untuk pengurusan aset dan pelaburan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri dalam jangka panjang.
Inisiatif tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan diperhalusi - Mohamad
Penubuhan Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara antara inisiatif keterjaminan makanan yang sedang diperhalusi.
Penyertaan Malaysia dalam BRICS buka akses pasaran baharu kepada Johor melalui JS-SEZ
Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.