PUTRAJAYA: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan datang ke China dijangka menghasilkan satu lagi pelaburan sampingan kepada Malaysia seperti yang telah dicapai dalam lawatan sebelum ini pada Mac, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
"Setiap kali Perdana Menteri melawat China, lawatan itu bukan sekadar 'mengukir senyuman dan mengucapkan hai.'
"Terdapat beberapa siri tindakan susulan, dan bagi Memorandum Persefahaman dan pelaburan yang dimeterai daripada lawatan sebelum ini, beliau (Anwar) melaksanakan tindakan susulan dengan pejabatnya dan semua jabatan yang diperlukan," katanya.
Rafizi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Power Chat Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan pelancaran Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) Ke-17 di sini hari ini.
Perdana Menteri dijadualkan mengadakan lawatan kedua ke China bagi menghadiri Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023 di Nanning, China pada 17 Sept ini bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan sebagai persiapan untuk menyambut ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China pada tahun depan.
Menurut Rafizi, hubungan kepimpinan antara Anwar dan China adalah baik, yang menyaksikan pelbagai mesyuarat telah diadakan selain perbincangan berterusan dari semasa ke semasa.
"Hubungan sedemikian bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara kerajaan, malah, memudahkan lebih banyak pelaburan dan pelaburan rentas sempadan antara syarikat Malaysia dan China," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Perdana Menteri dijadualkan mengadakan lawatan kedua ke China bagi menghadiri Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023 di Nanning, China pada 17 Sept ini. - Gambar fail/BERNAMA
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Lawatan kedua PM Anwar ke China dijangka hasilkan satu lagi pelaburan sampingan
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan datang ke China dijangka menghasilkan satu lagi pelaburan sampingan kepada Malaysia seperti yang telah dicapai dalam lawatan sebelum ini pada
Dakwaan sabotaj isu air Selangor, BN digesa ambil tindakan undang-undang
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cubaan pembangkang mengaitkan nama BN dan UMNO dengan dakwaan unsur sabotaj adalah keterlaluan.