KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Santhara Kumar memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand ketika pandemik COVID-19.
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah mengadakan sidang media di luar pekarangan Kedutaan New Zealand pada 17 Mac lepas antara 9.30 pagi hingga 2 petang dengan mengeluarkan maklumat tidak benar dan palsu mengenai tanggungjawab plaintif selaku Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau mendakwa defendan atau wakilnya telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan New Zealand yang mengkritik kelulusan serta kebenaran yang diberikan kepada plaintif untuk melawat New Zealand dan Prabakaran turut menghubungi pegawai kedutaan itu untuk mengetahui maklumat peribadi serta kebenaran plaintif memasuki negara tersebut.
Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau telah menceroboh dan masuk ke New Zealand secara tidak sah tanpa mematuhi serta menghormati undang-undang negara itu dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan sewajarnya ke atas pencerobohan dan salah laku plaintif.
Santhara Kumar juga mendakwa Prabakaran telah menghadiri satu sidang media secara langsung pada 28 Mei lepas, memaklumkan kepada umum bahawa defendan menerima notis perundangan daripada peguam plaintif dan mengkritik serta mendakwa plaintif membuli, bersikap tidak adil serta menakutkan defendan sebagai seorang ahli politik muda.
Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan secara lisan atau bertulis, atau menerbitkan semula kenyataan media berunsur fitnah terhadap plaintif.
Beliau juga menuntut ganti rugi am, teladan, teruk dan pampasan serta permohonan maaf defendan dan penarikan balik kenyataan itu yang perlu disiarkan di tiga akhbar harian berbahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil serta memuat naik permohonan maaf di laman Facebook dan YouTube defendan.
Prabakaran, yang memfailkan pembelaan pada 8 Sept lepas, pula mendakwa kenyataannya langsung tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan imej atau reputasi plaintif dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.
Beliau juga mendakwa memorandum yang diserahkan hanya mengandungi persoalan dan memerlukan pihak berkuasa New Zealand atau kedutaan negara itu untuk menjawab tentang prosedur yang telah diikuti oleh plaintif untuk membenarkannya memasuki New Zealand sedangkan negara itu merupakan antara yang dikawal ketat oleh pihak imigresen daripada sebarang kemasukan orang luar sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
Menerusi carian sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021

Santhara Kumar (gambar) memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand ketika pandemik COVID-19. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.

Santhara keluar Bersatu tidak beri kesan pada parti - Hamzah
Menurut Hamzah, kekuatan parti tidak terletak pada individu, sebaliknya kepada keseluruhan ahli.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar.

55 hotel ditutup sepenuhnya akibat COVID-19 sejak Mac 2020 hingga kini
Sebanyak 55 hotel ditutup sepenuhnya manakala 86 hotel ditutup sementara dari Mac 2020 hingga kini akibat pandemik COVID-19, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Lawatan ke New Zealand: Santhara Kumar saman P. Prabakaran
Datuk Seri Santhara Kumar memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand ketika pandemik COVID-19.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

Rakyat Segamat doa Dr Santhara segera pulang kawasan susulan gempa NZ - Bastien
Rakyat Segamat mendoakan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Dr Santhara Kumar selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter yang melanda New Zealand pada Khamis.

Wilayah Persekutuan & Ken Barnes anjur kejohanan bola sepak jarak sosial
Konsep bola sepak yang lebih selamat untuk memastikan remaja dapat terus bermain dalam era norma baharu.

Paip utiliti haram antara punca banjir kilat di Lebuh Ampang
Pihaknya telah mengenal pasti masalah itu dan mendapati longkang yang diselenggara oleh DBKL mempunyai paip utiliti lain yang dipasang tanpa kebenaran.