Perkara berkaitan cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah antara perkara diberi perhatian dalam kunjungan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Jepun baru-baru ini.
Menteri itu menjelaskan, tumpuan merangkumi input mengenai model perniagaan dan struktur kewangan yang perlu digunakan bagi membiayai projek seumpama itu.
Jepun mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengangkutan rel khususnya sistem Shinkansen yang wujud sejak puluhan tahun.
"Perkara ini akan terus dibincangkan. Sudah tentu teknologi Shinkansen ini adalah antara sistem yang terbaik di dunia yang boleh kita teliti untuk keperluan laluan rel Kuala Lumpur-Singapura," kata Ahli Parlimen Gombak itu semasa ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Gombak hari ini.
Disember lepas, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata projek itu akan diteruskan namun pengubahsuaian tertentu mungkin perlu dibuat bagi mengurangkan kos.
BACA: Tiada keperluan mendesak untuk HSR - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut diberi taklimat tentang teknologi pertanian pintar ke arah meningkatkan produktiviti hasil tanaman yang bertepatan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang subur, berpotensi tinggi serta selamat daripada bencana alam bagi tujuan menghasilkan tanaman berkualiti tinggi.
""Kita mahu lihat bagaimana model yang digunakan oleh Jepun dalam usaha kita meningkatkan produktiviti sektor pertanian di sini," kata Mohamed Azmin.
Negara membelanjakan hampir RM60 bilion setahun untuk mengimport makanan namun ia sebenarnya mampu mengeluarkan lebih banyak produk bahan makanan dengan teknologi baharu, katanya lagi.
"Ini juga seiring dengan dasar kerajaan supaya golongan petani memiliki teknologi baharu untuk meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka sekali gus merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar kerana selama hari ini pertanian sering kali dikaitkan dengan kemiskinan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 08 2020

Kunjungan Azmin Ali ke Jepun baru-baru ini turut berkaitan dengan cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.