KUALA LUMPUR : Tindakan pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina negara menerusi persembahan komedi berdirinya disifatkan sebagai melampau oleh netizen.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Dalam tinjauan, ruangan komen di akaun rasmi TikTok milik pelawak itu dipenuhi dengan kata-kata tidak senang orang ramai yang menyifatkan bahawa lawak yang disampaikan tidak sensitif.
Sementara itu, waris kepada salah seorang mangsa MH370, Intan Maizura Othaman menerusi perkongsian di Facebook turut mengecam pelawak itu.
Katanya, Jocelyn seorang yang terdesak menggunakan isu-isu kontroversi untuk mendapat populariti, selain dengan sengaja menyinggung perasaan orang ramai.
"Cuba perhatikan, bahawa dia ketawa dengan gurauannya sendiri.
"Secara peribadi, saya melihat ini sebagai jeritan untuk meminta pertolongan daripada manusia yang terdesak," katanya.
Turut memberi respons ke atas tindakan melampau Jocelyn itu, pelawak terkenal Harith Iskander yang meminta agar dia lebih sensitif dan bersifat empati terutama dalam topik yang bersifat peribadi dan tragik.
Jelasnya, komedi mempunyai impak yang kuat terutama dalam meningkatkan kesedaran sosial, namun perlu digunakan dengan penuh bertanggungjawab.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula akan menghantar notis kecaman dan bantahan di pejabat kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.
Ujarnya tindakan ini bukan sahaja boleh mencemarkan hubungan antara dua hala malah dapat mewujudkan permusuhan dalam kalangan masyarakat di kedua-dua buah negara.
"Kita harus memastikan individu seperti Jocelyn Chia ini bertanggungjawab atas perkataannya. Jangan lagi kita bertolak ansur dalam hal yang membabitkan maruah negara," tegas beliau dalam perkongsian di Facebook hari ini.
Nickyson Nyambar
Wed Jun 07 2023
![Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686141434_HinaMalaysia.jpg)
Melampau! Selain tidak sensitif, Jocelyn Chia juga sempat melemparkan kata-kata kesat terhadap salah seorang penonton yang juga rakyat Malaysia.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690244853_JocelynBingai.jpg)
Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa
Pelawak wanita kelahiran Singapura sifatkan kumpulan The 1975 mangsa terbaharu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti dirinya.
![Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687772862_TBJocelynChia.jpg)
Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr
Persembahan tersebut didakwa akan berlangsung pada 26 Ogos depan di ibu negara.
![Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686633043_JocelynChia.jpg)
Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia
Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia memberitahu BBC dia tidak berniat mempersendakan tragedi dan mangsa MH370, tetapi cuba mencari jenaka dalam tragedi tersebut.
![Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686141291_TBJocelynChiajpg.jpg)
Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN
PolisMalaysia akan membuat permohonan kepada Interpol untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia.
![Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686412279_SaifuddinNasutionI.jpg)
Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, tidak ada manusia yang waras dan rasional boleh menerima jenaka yang memperlekeh, menghina dan mempersenda itu.
![Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686320857_JocelynChiaKJ.jpg)
Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia
Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak tersebut.
![Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686310351_BellNgasri.jpg)
Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81583599551_SafetyInvestigation.jpg)
Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.
!['Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka' 'Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686213857_TBmh.jpg)
'Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka'
Intan Maizura meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi.