KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus disuarakan di pelbagai peringkat, kali ini menerusi gelombang 'lautan putih' pada program Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini menjadi saksi solidariti lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama berhimpun pada program itu, yang bertindak umpama 'pembesar suara' bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.
Walaupun hujan rintik-rintik, peserta yang hadir dengan memakai baju serba putih dan mafela bermotifkan Palestin, tidak mengendahkan keadaan itu dan mula berkumpul di pekarangan stadium sejak 5 petang, sebelum mula masuk ke stadium pada 6.30 petang.
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, disusuli beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.
Kesemua mereka yang turut mengibarkan bendera Palestin, melaungkan takbir dan perkataan seperti "Hidup Palestin", "Bebas Palestin" pada himpunan yang bertujuan mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia, selain mendidik mengenai sejarah dan perkembangan konflik berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru tiba di tanah air selepas 'berkelana' di beberapa negara Arab untuk bertemu ketua-ketua negara bagi membincangkan konflik Palestin-Israel, turut tidak melepaskan peluang bersama-sama rakyat bagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam hal ini.
Membawa semangat luar biasa selepas bertemu dengan pimpinan negara Islam seperti Arab Saudi, Mesir dan Turkiye, Perdana Menteri malam ini seolah-olah melepaskan rasa geram dan tidak puas hati dengan tindakan Israel, yang didakwa beliau sudah begitu berada di tahap 'kegilaan'.
"Ia satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan manusia dan bayi, hospital dibom dan sekolah dimusnahkan, ini tindakan kejam," katanya merujuk kepada tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin yang turut mengakibatkan kematian wanita dan kanak-kanak.
Daripada pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September, seterusnya lawatan kerja ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada minggu lepas, Anwar dilihat begitu konsisten memperjuangkan isu itu.
Beliau membawa suara Malaysia ke pentas dunia supaya masyarakat antarabangsa menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi terhadap rakyat Palestin semasa lawatan kerja ke Arab Saudi itu.
Dalam pada itu, beberapa rakyat Palestin yang ditemui pada himpunan berkenaan menzahirkan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap Palestin, antaranya guru agama di Jasmine Ash-sham School, Widad Halayqa, 42.
Beliau yang telah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun, turut berkongsi bahawa ibu bapanya di Palestin ketika ini berada dalam keadaan selamat, namun terdapat ahli keluarganya yang terbunuh dan cedera akibat tindakan kejam rejim Zionis.
"Suami saya telah pulang ke Palestin sejak dua minggu lepas kerana ibunya sakit. Dia terkandas di Jordan beberapa jam sebelum melepasi pintu Palestin," katanya yang dibantu penterjemah Hasrol Sazli Abdul Khail.
Seorang lagi warga Palestin, Sabrein Hazza Zayed Aby Jazar, 32, yang kehilangan 15 ahli keluarganya dalam peperangan tersebut mengharapkan sokongan dan doa rakyat Malaysia agar dapat menewaskan tentera Zionis Israel.
"Bapa saudara dan sepupu saya telah dibom oleh Israel pada hari pertama perang tercetus. Kesemua lapan hospital di sana juga telah dimusnahkan. Tiada ada makanan dan bekalan elektrik untuk rakyat Palestin kerana semua telah disekat. Saya hanya berharap pada doa kepada Allah untuk membantu tanah air kami, Palestin," katanya.
Perhimpunan itu yang dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Malaysia (GPM) dan Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) selaku penganjur utama, bermula pada 6 petang hingga 10.30 malam dan turut melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Program Himpunan Malaysia Bersama Palestin dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Isu libatkan rakyat Palestin di pusat transit selesai - Duta
Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
Anwar seru Malaysia, Pakistan perkasa usaha perangi ekstremisme, keganasan
Malaysia dan Pakistan perlu memperkasakan usaha untuk menentang ekstremisme radikal dan keganasan.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Israel ancam keselamatan serantau, Pakistan seru redakan ketegangan di Asia Barat
Pakistan sifatkan pencerobohan Israel di Lubnan mengancam keselamatan serantau dan menggesa agar ketegangan di Asia Barat diredakan segera.
Konflik Asia Barat: Netanyahu tertekan, perang gagal realisasi matlamat
Hasrat Netanyahu mahu menghapuskan Hamas dan mengambil alih Gaza masih jauh dari jangkauan.
Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS
Datuk Rusdi berkata pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.