KUALA LUMPUR: Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima pihak lagi berhubung dakwaan dua anaknya dilarikan ke New Zealand, empat tahun lalu.
Mohd Saleem Mohammad Aslam, 35, dan kakaknya yang juga ibu saudara kepada dua kanak-kanak itu, Kalsum Mohammad Aslam, 38, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haziq A Subhi & Co di Mahkamah Tinggi di sini pada 10 Mei lalu dengan menamakan bekas isterinya Faith Kimberly Hepburn @ Ashalina Hepburn Abdullah sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Imigresen (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pegawai JIM Sifulan Abdullah, Kerajaan Malaysia dan peguam Jennifer Jayalitha Chandran.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, kedua-dua plaintif mendakwa kecuaian oleh Ketua Pengarah JIM (defendan pertama), Pengarah Imigresen (defendan kedua) dan JIM (defendan ketiga) berlaku apabila plaintif-plaintif mendapati bahawa dua kanak-kanak itu telah dilarikan Hepburn (defendan ketujuh) keluar dari Malaysia tanpa sebarang justifikasi dan dokumen rasmi yang sah, selain dokumen yang digunakan mengandungi pemalsuan beberapa maklumat.
Anak lelaki mereka kini berusia 10 tahun manakala anak perempuan berusia lapan tahun.
Plaintif mendakwa selepas dua kanak-kanak itu hilang daripada jagaan mereka, dua laporan polis telah dibuat dan telah dimaklumkan kepada defendan pertama hingga ketiga sebagai makluman awal kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut dibawa lari keluar negara oleh Hepburn dan kekasihnya Atabek Yechshanov, seorang warga Kazakhstan.
"Kegagalan dan kecuaian berikutnya dapat dilihat apabila defendan pertama hingga ketiga serta defendan keempat (Sifulan) telah membenarkan dua kanak-kanak itu keluar dari negara dengan menggunakan pasport di bawah negara New Zealand tanpa sebarang pemeriksaan terperinci mengenainya.
"Kerajaan Malaysia selaku defendan kelima telah gagal, enggan atau cuai apabila membenarkan kejadian serta kecuaian yang dilakukan oleh defendan pertama hingga keempat," dakwa kedua-dua plaintif menerusi pernyataan tuntutan itu.
Selain itu, plaintif-plaintif mendakwa Jennifer Jayalitha telah bertindak cuai apabila gagal mendapatkan maklumat penuh daripada Hepburn kerana semasa permohonan penukaran kewarganegaraan dibuat, wanita itu dan bekas suaminya masih lagi dalam prosiding Mahkamah Syariah yang bermula sejak 2016.
Dakwa kedua-dua plaintif, Hepburn telah memalsukan tangan tangan bekas suaminya dalam borang permohonan penukaran kewarganegaraan tersebut dan tanda tangan itu tidak disemak oleh Jennifer Jayalitha selaku peguamnya.
"Akibat kecuaian itu, plaintif-plaintif dan keluarga telah berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan telah kerugian banyak kos, masa, tenaga dan sumber kewangan kerana perlu menyelesaikan tuntutan hak jagaan di mahkamah di New Zealand dan kesemua ini adalah berpunca daripada kesan kecuaian dan kegagalan kesemua defendan," dakwa plaintif-plaintif.
Oleh itu, plaintif-plaintif antaranya menuntut perintah ganti rugi am sebanyak RM25 juta daripada defendan pertama hingga kelima selain ganti rugi am daripada defendan keenam dan ketujuh untuk ditaksirkan oleh mahkamah.
Turut dituntut ganti rugi khas RM404,265.39 daripada kesemua defendan, ganti rugi tauladan dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi R. Pushparasi pada 22 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Plaintif antaranya menuntut perintah ganti rugi am sebanyak RM25 juta daripada defendan pertama hingga kelima selain ganti rugi am daripada defendan keenam dan ketujuh untuk ditaksirkan oleh mahkamah. - Gambar hiasan
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi Selasa.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan
Dua belas wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.
MoF serah urusan saman Berjaya-Naza kepada AGC untuk diteliti
Kementerian Kewangan (MoF) menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung saman yang difailkan syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
Penduduk Thailand saman kerajaan kerana jerebu akibat pembakaran ladang
Mereka mendakwa Perdana Menteri dan dua pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk mengekang pembakaran ladang.
Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman
Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada syarikat konsesi untuk dilaksanakan mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.
Mahkamah tolak saman, bekas pelajar sekolah pendidikan khas fail rayuan
Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap sekolah, kerajaan dan dua lagi.
Tommy Thomas saman pasukan petugas, kerajaan
Tommy memfailkan saman itu pada Khamis melalui firma guamannya, Tetuan Tommy Thomas.
Hadir Sidang Dewan Rakyat: Najib fail permohonan cabar keputusan Jabatan Penjara
Najib menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden.
RUU larangan merokok: 'Kenapa diskriminasi?' - Nazri Aziz bimbang wujud pencabulan hak asasi
Mohamed Nazri menegaskan, kebebasan memilih merupakan hak asasi manusia yang sangat penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hakim bersara kemuka cadangan selesai saman berhubung pembayaran pencen
Sekumpulan 35 individu kemuka cadangan berhubung kegagalan kerajaan menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.