Mahasiswa Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung tidak disarankan untuk balik ke negeri itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, kata Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata bagi mahasiswa yang tiada tempat kediaman, buat sementara waktu mereka boleh menghubungi wakil pelajar di setiap institusi untuk menjelaskan permasalahan yang dihadapi.
"Ramai yang keliru dengan arahan yang dikeluarkan dan beranggapan setiap pelajar perlu mengosongkan tempat kediaman atau asrama. Memang pelajar Sarawak dibenarkan kembali namun kita nasihati agar pergerakan dihadkan buat seketika ini.
"Dalam Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) yang dipengerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kita memutuskan pelajar yang tidak balik boleh kekal (terus tinggal) di kediaman dan diberi pilihan untuk menginap di fasiliti IPT masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
BACA: Mahasiswa Sarawak boleh tinggal di kampus, jika pulang wajib kuarantin di rumah
BACA: Abang Johari umum lima tindakan kawalan pergerakan di Sarawak
Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan negeri melalui Sarawak Volunteers dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak di Kuala Lumpur juga telah mengambil inisatif dengan memberikan bantuan tempat tinggal dan makanan kepada pelajar yang terjejas dalam tempoh ini.
Katanya, para pelajar juga perlu sentiasa berhubung dengan Unit Hal Ehwal Pelajar di universiti masing-masing dan dinasihatkan untuk sentiasa patuh dan peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Mana-mana pelajar Sarawak yang mempunyai masalah berkenaan penempatan sementara atau akses makanan boleh menghubungi Sarawak Volunteers di talian 013-895 0345 (Khairul), 012-462 9293 (Sakinah) dan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur 019-388 2984 (Dayang).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 18 2020
Mahasiswa Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung tidak disarankan untuk balik ke negeri itu.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Larangan pergerakan: Mahasiswa Sarawak di Semenanjung tidak disaran balik
Mahasiswa Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung tidak disarankan untuk balik ke negeri itu.