Larangan merokok yang dikuatkuasakan di semua premis makan di Sarawak mulai semalam (Jumaat, 1 Mac), menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat di sini.
Tinjauan Bernama di sini pada Sabtu mendapati ada antara mereka berpendapat penguatkuasaan larangan merokok itu merupakan langkah positif manakala sebahagian lagi berkata merokok adalah tabiat yang sukar untuk dihentikan.
Seorang tukang cuci, Badaruddin Ibrahim, 51, berkata dia bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kerajaan terhadap mereka yang didapati merokok di kawasan larangan iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara dua bulan.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa perlu menghentikan penjualan rokok di negara ini bagi memastikan larangan merokok ini berkesan," katanya.
Guru sekolah rendah, Jamal Mut, 53, yang mengaku berhenti daripada tabiat merokok sembilan tahun lepas, berkata larangan itu adalah inisiatif yang amat baik kerana ia akan memastikan persekitaran mesra keluarga yang bebas daripada asap rokok.
Sementara itu, pengurus restoran Abdul Rahman Abdul Talib, 32, turut menyokong larangan merokok itu kerana ia memberi persekitaran yang kondusif kepada pelanggan untuk makan dan minum dengan selesa.
Susulan pelaksanaan larangan itu, premis makan yang didapati tidak mempamerkan tanda 'Dilarang Merokok' boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara enam bulan.
Perokok tidak boleh merokok dalam lingkungan atau di sekitar premis makan, dan jika perlu, mereka mesti berada pada jarak tiga meter dari premis berkenaan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian sebelum ini berkata kerajaan negeri bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan denda dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan pendidikan.
Sehubungan itu, pelaksanaan sebenar larangan merokok di Sarawak akan berkuat kuasa mulai 1 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019
Perokok tidak boleh merokok dalam lingkungan atau di sekitar premis makan, dan jika perlu, mereka mesti berada pada jarak tiga meter dari premis berkenaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.