Semua pemilik anjing di Taiping dan Bukit Gantang dilarang daripada membawa keluar anjing mereka dari Daerah Larut, Matang dan Selama tanpa kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, ia susulan keputusan kerajaan negeri mewartakan daerah berkenaan sebagai kawasan jangkitan penyakit Anjing Gila atau Rabies berkuat kuasa Isnin lalu.
Beliau menegaskan, mana-mana anjing yang dijumpai berada dalam kawasan jangkitan tanpa mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan akan berdepan risiko dimusnahkan.
“Seperti yang termaktub dalam Perintah Pemvaksinan Pencegahan Penyakit Anjing Gila, semua anjing berumur tiga bulan dan ke atas yang berada dalam kawasan Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Veterinar untuk disuntik dengan vaksin penyakit anjing gila.
“Ini akan membantu untuk mengawal penyakit rabies daripada terus merebak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Beliau mengingatkan, di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan - 2006) dan (Pindaan) 2013, mana-mana pemilik anjing yang didapati tidak mematuhi langkah-langkah kawalan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga bulan.
Menurutnya, pihak jabatan amat mengharapkan kerjasama orang ramai di Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang untuk memastikan anjing peliharaan mereka mendapat suntikan vaksin rabies kerana penyakit ini boleh merebak daripada haiwan kepada manusia melalui air liur akibat gigitan atau terkena pada luka yang terbuka.
“Oleh itu semua pemilik diminta mengurung anjing dan kucing peliharaan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya gigitan daripada anjing berkeliaran yang dikhuatiri telah dijangkiti rabies. Buat masa ini, elakkan daripada mendekati anjing berkeliaran,” ujarnya.
Beliau memberitahu, setakat ini empat kes positif rabies telah dikesan di kawasan Taiping.
Satu kes dikesan melalui ujian terhadap seekor anjing yang menggigit manusia manakala tiga lagi kes dikesan melalui ujian terhadap anjing yang berkeliaran di kawasan sekitar kes gigitan tersebut berlaku.
Sehubungan itu, Ahmad Shafri meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Veterinar jika terdapat anjing berkeliaran di sekitar kediaman masing-masing ataupun mana-mana kawasan.
Untuk sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama di talian 05-8072703.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 16 2019

Orang ramai diminta melapor kepada pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Veterinar jika terdapat anjing berkeliaran di sekitar kediaman. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Rabies: Jangan bawa anjing ke kawasan pewartaan sempena Tahun Baharu Cina
Sehingga kini perintah kawasan jangkitan penyakit rabies bagi daerah Larut Matang dan Selama yang dikeluarkan pada 14 Jan, masih berkuat kuasa dan belum ditarik balik.

Larangan bawa keluar anjing dari Taiping, Bukit Gantang
Dr Ahmad Shafri Hassan menegaskan, mana-mana anjing yang dijumpai berada dalam kawasan jangkitan tanpa mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan akan berdepan risiko dimusnahkan.