KUALA LUMPUR: Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023.
Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu.
Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kesalahan.
"Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Fasal 3 Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang termasuk seorang hakim, jika keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan berkenaan.
"Bagaimanapun, kerajaan tidak akan campur tangan kuasa Peguam Negara atau Pendakwa Raya," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 23 April tahun lepas, akhbar tempatan melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan, berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara tersebut.
Mohd Nazlan yang mendengar kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, juga telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April 2022 memaklumkan bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim, serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.
Sementara itu, menyentuh cadangan penggubal Akta Perkhidmatan Parlimen atau Akta Suruhanjaya Parlimen, Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM sedang memuktamadkan dasar dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.
Beliau berkata usaha tersebut, menjadikan perkhidmatan Parlimen berasingan daripada perkhidmatan awam yang dikenali sebagai perkhidmatan Parlimen.
Beliau berkata Memorandum Jemaah Menteri mengenai perkara itu akan dibentangkan di Kabinet dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Azalina berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. - Gambar/ Bernama
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
SPRM, kerajaan bantah permohonan MUDA rujuk siasatan Hakim Nazlan ke Mahkamah Persekutuan
SPRM dan kerajaan membantah permohonan MUDA untuk merujuk isu perlembagaan berhubung siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan ke Mahkamah Persekutuan.
Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina
Laporan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan selesai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, kertas siasatan kes berkenaan sudah selesai dan hanya menunggu arahan selanjutnya.