Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadhillah Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bersetuju untuk menyusun semula kadar tolnya.

Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Fadhilah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan semula yang dilaksanakan PLUS dan diumumkan pada 17 November, 2011.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching.

Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan sebarang kenaikan.

Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan menyatakan bahawa PLUS, yang memiliki konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol.