Laporan penyiasatan terperinci mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan dikeluarkan selepas usaha pencarian terkini selesai iaitu empat tahun selepas pesawat malang itu hilang dari skrin radar, kata pasukan penyiasatan.
Terbitan laporan penyiasatan terperinci iaitu laporan Keselamatan, berdasarkan maklumat sedia ada pada masa ini telah digantung sementara menunggu hasil usaha pencarian terkini kerana sebarang bukti baharu yang dijumpai mungkin mempunyai kesan besar ke atas penyiasatan.
"Jika pesawat udara itu ditemui, Pasukan Penyiasatan akan melakukan penyiasatan lanjut. Jika pesawat tersebut tidak ditemui dan keputusan diambil untuk menghentikan pencarian, Pasukan Penyiasatan akan menyambung semula persiapan laporan dan mengeluarkannya dalam bulan-bulan yang akan datang," kata Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia untuk menyiasat kehilangan penerbangan MH370 dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 11 Jan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa di bawah perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, misi pencarian MH70 akan disambung semula pada pertengahan Januari dengan kapal Seabed Constructor menjalankan pencarian merangkumi kawasan seluas 25,000 km persegi dalam tempoh 90 hari, dan dijangka berakhir pada Jun.
Misi utama kapal tersebut ialah untuk mencari bangkai, dan/atau kedua-dua perakam penerbangan, perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan dan dalam operasi pencarian yang dijalankan berdasarkan terma "No Cure, No Fee", pembayaran hanya akan dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.
Kenyataan Interim ke-4 juga menyatakan bahawa serpihan pesawat yang berkemungkinan berasal daripada MH370 masih lagi dijumpai di sekitar pantai tenggara benua Afrika dan kepulauan-kepulauan berdekatan.
Kenyataan itu berkata, ringkasan dikemaskini serpihan yang dijumpai telah diterbitkan pada 30 April 2017 bersama dengan laporan pemeriksaan serpihan dan dokumen-dokumen ini terdapat dalam laman web Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Menurut Kenyataan, pada masa penulisan kenyataan ini, seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Interim yang dikeluarkan pada 2017, hanya tiga butiran serpihan telah disahkan sebagai berasal daripada MH370 iaitu flaperon kanan, sebahagian daripada outboard flap belah kanan dan sebahagian daripada outboard flap belah kiri.
"Beberapa serpihan lain telah ditentusahkan sebagai hampir pasti berasal daripada MH370 termasuk beberapa item dalaman kabin. Terdapat aktiviti berterusan untuk mendapatkan semula dan memeriksa sebarang serpihan baharu yang dijumpai," kata kenyataan itu dan menambah sehingga kini, bangkai utama pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui.
Penerbangan MH370 yang membawa sejumlah 239 orang (227 penumpang dan 12 anak kapal) hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung usaha pencarian MH370 selama dua tahun di bawah permukaan laut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat tersebut ditemukan di kawasan pencarian meliputi 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
Lilin dinyalakan sempena majlis memperingati ulang tahun ke-4 kehilangan pesawat MH370 di Kuala Lumpur, 8 Mac, 2018. REUTERS
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S