KUALA LUMPUR: Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambakan laut Penang South Island (PSI) masih belum diluluskan setakat ini dan dalam proses penilaian Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang isu berbangkit atau penemuan yang dikenal pasti semasa menilai laporan EIA itu, akan dikemukakan kepada penggerak projek serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang sebagai pihak berkuasa melulus projek itu.
"Pihak pemaju juga perlu menyediakan Environmental Management Plan dan mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dinyatakan dalam laporan EIA sekiranya projek ini diluluskan bagi memastikan kesan dan akibat sesebuah projek dapat diatasi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang bertanyakan sama ada kementerian berhasrat untuk membatalkan projek tambakan laut PSI yang telah gagal memenuhi garis panduan EIA dan kesan serta akibat jika projek itu diteruskan.
Nik Nazmi menjelaskan projek tersebut telah melalui proses yang komprehensif dari segi laporan EIA yang diluluskan pada 25 Jun 2019, namun berlaku rayuan sehingga EIA tersebut dibatalkan sebelum laporan EIA baharu dikemukakan pada 29 April 2022.
"Pihak kerajaan negeri juga telah memberikan laporan serta membuat pindaan sebanyak tiga kali semakan semula. Secara keseluruhan, sejumlah lima laporan EIA telah dikemukakan kepada JAS," katanya
Projek PSI merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas, namun ia mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di Pulau Pinang kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut di perairan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Nik Nazmi berkata sebarang isu berbangkit atau penemuan yang dikenal pasti semasa menilai laporan EIA itu, akan dikemukakan kepada penggerak projek serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang. -Bernama
Lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing ditahan polis
Polis menahan lelaki warga bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lalu.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, pada malam Khamis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Orang ramai disarankan berhati-hati mendapatkan rawatan di hospital swasta susulan aduan mengenai kenaikan caj perubatan yang tidak munasabah.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Rundingan fasa seterusnya bermula di Kaherah
Mesir mengumumkan rundingan intensif antara pihak yang terlibat dalam perjanjian gencatan senjata Gaza telah bermula di Kaherah bagi membincangkan fasa seterusnya.
Mangsa di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Isu beras campur: Serah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri tentukan kadar zakat fitrah
Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya.
13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh pelajar kolej sama, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada tahun lalu, untuk membela diri.
Kurikulum baharu sejarah dijangka mula digunakan 2027
Kurikulum baharu pendidikan Sejarah yang sedang dalam proses penggubalan dijangka mula digunakan di sekolah pada 2027.
[TERKINI] Jangan bahas hingga timbul kekeliruan - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Public Bank tamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025
Selari dengan ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.