Laporan akhir kajian rantaian bekalan terhadap 10 jenis barang 'popular', dijangka diperoleh Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya laporan kajian bagi mengenal pasti peringkat berlakunya kenaikan harga barang sama ada pada peringkat pengimport, pengeluar, peladang, pemborong, pengedar atau peruncit akan dibentang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Laporan ini kita nak lihat di mana berlakunya kenaikan dalam rantaian, siapa yang naikkan harga dan disebabkan apa, adakah disebabkan upah, pengangkutan, bil atau gaji.
"Alhamdulillah dalam masa dua bulan untuk selesaikan kajian awal ini kita sudah semak 10 jenis barang dan mendapati memang ada kenaikan tidak masuk akal.
"Kita tahu ia berlaku pada tahap mana, kita tahu berapa margin keuntungan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Karnival Jualan Pengguna-Beli Barangan Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin, bagaimanapun enggan mendedahkan jenis barangan tersebut.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata terdapat keperluan laporan itu dimaklumkan kepada masyarakat.
"Ada keperluan untuk rakyat tahu... dalam proses berniaga kita akui peniaga perlu ambil untung tetapi keuntungan yang melampau yang menyebabkan rakyat susah itu kita tidak boleh terima," katanya.
Media baru-baru ini menyebut laporan awal kajian rantaian bekalan 10 barangan terpilih mendapati wujud kegiatan 'kartel' yang mengaut keuntungan pada kadar terlalu tinggi sehingga mencecah 133 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019

Saifuddin (kiri) bersama Anwar (dua, kiri) ketika melawat gerai daging pada Karnival Jualan Pengguna-Beli Barangan Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Laporan akhir kajian rantaian bekalan dijangka Julai ini - Saifuddin Nasution
Laporan kajian bagi mengenal pasti peringkat berlakunya kenaikan harga barang sama ada pada peringkat pengimport, pemborong, pengedar atau peruncit akan dibentang kepada Perdana Menteri.