Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, menerusi laporan itu tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada mereka yang cuba meraih keuntungan berlebihan.
Menurut Saharuddin, peniaga juga perlu mengemukakan bukti seperti resit pembelian daripada pemborong bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan pihaknya.
"Masalah sekarang ini ada yang mendakwa sedemikian tapi tidak membantu kita.
"Macam mana kita nak ambil tindakan di peringkat pemborong kalau sekiranya kita melindungi maklumat-maklumat sedemikian," katanya.
Jelas Saharuddin, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas kepada mana-mana individu yang didapati melakukan aktiviti pencatutan atau menaikan harga barangan yang melampau serta tidak munasabah.