BATU CAVES: Pengguna yang sangsi terhadap ketulenan telur omega disaran melaporkan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, laporan tersebut penting bagi membolehkan siasatan dakwaan pemalsuan telur omega dapat dilaksanakan.
"Jika pengguna yakin, telur yang dibeli itu bukan telur omega, mereka boleh membuat aduan terus kepada KPDN.
"KPDN akan menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan untuk keabsahan standard telur tersebut," katanya selepas pelancaran Inisiatif Payung Rahmah di Pasar raya Giant di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan ladang-ladang telur di seluruh negara menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang ditukar dan diisytihar sebagai telur omega bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.
Situasi itu menyebabkan berlaku lambakan telur omega manakala telur biasa (Gred A, B dan C) berkurangan di pasaran.
Pada perkembangan sama, beliau turut memberi jaminan bekalan gula di pasaran berada dalam keadaan stabil.
Ujarnya, walaupun berlaku kekurangan bekalan di Kelantan dan Terengganu pada minggu lepas namun masalah itu telah berjaya diselesaikan secara tuntas dalam tempoh dua hari.
"Bagaimanapun sebagai langkah jangka panjang, kabinet memutuskan empat kementerian bekerjasama untuk melaksanakan pelan tindakan bagi memastikan bekalan gula pada masa hadapan stabil dan terus dinikmati dengan harga berpatutan.
"Kementerian terlibat ialah iaitu KPDN, Ekonomi, Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
"Kita sedang bincangkan dengan empat kementerian dan akan kemukakan solusi ini dalam masa terdekat," katanya.
Pada Isnin, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tan Sri Shahrir Samad menyarankan kerajaan menghentikan pemberian subsidi pukal bagi gula pasir dan menambah subsidi petrol.
Shahrir menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, Malaysia bukan pengeluar gula mentah selain harga yang dijual dengan rendah iaitu RM2.85 sekilogram menyebabkan bahan asas itu diseludup ke luar negara.
Ujar beliau, meskipun Thailand merupakan pengeluar gula, namun negara tersebut menjualnya pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023

Terdapat dakwaan ladang-ladang telur menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang diisytihar sebagai telur omega menyebabkan berlaku lambakan telur itu manakala telur biasa berkurangan di pasaran. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Lapor KPDN jika sangsi ketulenan telur omega - Salahuddin
Katanya, laporan tersebut penting bagi membolehkan siasatan dakwaan pemalsuan telur omega dapat dilaksanakan.