KUCHING: Perancangan Sarawak untuk membina lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya untuk jangka masa panjang.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kedua-dua projek berkenaan akan dilengkapi dengan teknologi canggih serta kemudahan bertaraf antarabangsa, sekali gus menjadikan Kuching lokasi strategik bagi sektor perkapalan dan penerbangan di rantau ini.
"Ini akan menjadi satu pemangkin untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi kita khususnya dari sudut ketersambungan, pelancongan dan institusi yang boleh mengembangkan ekonomi kita secara menyeluruh, melangkaui 2030.
"Kedua-dua ini adalah rancangan strategik dalam kita menjadi hab kerana kita adalah di bahagian barat Borneo dan di antara (yang menyumbang kepada) trafik ekonomi perkapalan dan juga penerbangan dari barat ke timur Borneo," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Innocement Sdn Bhd dan PMW Industries Sdn Bhd di sini, pada Jumaat.
Menurut Abang Johari, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar akan dijadikan sebagai model bagi pembangunan lapangan terbang itu kelak.
"Kita sekarang (dalam proses) melantik pakar yang mungkin akan terbabit dalam perancangan (lapangan terbang baharu) itu. Saya fikir anggarannya untuk siap dalam tempoh tiga tahun jadi kita dalam peringkat perancangan," katanya.
MoU yang ditandatangani pada Jumaat bertujuan mewujudkan kilang pembuatan cerucuk konkrit, tiang, dan produk-produk berkaitan untuk pasaran Sarawak di Tanjung Manis.
Innocement Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), akan menyediakan atau membantu dalam mendapatkan lokasi dan tanah untuk kilang itu.
Sementara itu, PMW Industries Sdn Bhd, yang mengeluarkan tiang dan cerucuk, akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina, melengkapkan dan mengendalikan kilang itu dengan cara yang paling cekap, berkesan dan produktif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Menurut Abang Johari, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar akan dijadikan sebagai model bagi pembangunan lapangan terbang itu kelak. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.

Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran di selatan California
Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.

Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.

MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.

Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.

Penumpang dilarang guna bagasi skuter di apron lapangan terbang - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau 'skuter' sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.

Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.