KUALA LUMPUR: Lapan individu termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan petang semalam di sebuah stesen minyak di hentian Rehat dan Rawat Tapah, arah Selatan,dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki di sebuah kondominium di Taman Perindustrian, Bukit Serdang, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata kesemua suspek lelaki berumur 25 hingga 32 tahun manakala suspek wanita berumur 26 tahun yang merupakan suspek utama.
Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati selepas kejadian terbabit, kesemua suspek dipercayai telah melarikan diri ke Perak.
"Motif kejadian bunuh itu disyaki kerana cemburu dan dendam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada adik perempuan mangsa pada pukul 5.29 petang, Isnin lepas.
Mangsa yang berusia 31 tahun mengalami kecederaan teruk di mata, hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga serta punca kematian adalah akibat pukulan objek tumpul.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Anbalagan berkata kesemua suspek lelaki berumur 25 hingga 32 tahun manakala suspek wanita berumur 26 tahun yang merupakan suspek utama. - Fail/BERNAMA
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Lapan termasuk seorang wanita ditahan terlibat kes bunuh di sebuah kondominium
Lapan individu termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki di sebuah kondominium di Taman Perindustrian, Bukit Serdang.