KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berharap pelantikan baharu dalam ahli lembaga pengarah semua badan berkanun persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibuat oleh kerajaan sekarang adalah berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalaman dan bukannya parti politik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti.
"Selain itu terdapat risiko wujudnya konflik kepentingan apabila calon dilantik berdasarkan parti politik akan mengutamakan program yang mempunyai kepentingan sahaja," kata Yeoh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata IDEAS menyambut baik keputusan kerajaan untuk menamatkan semua pelantikan politik dalam lembaga pengarah semua badan berkanun persekutuan dan GLC termasuk yang berada di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan).
Institut penyelidikan itu juga mendedahkan data Pantau Kuasa (www.pantaukuasa.com), sebuah laman web yang menjejaki pelantikan politik terhadap pentadbiran kerajaan Persekutuan (sepanjang empat pentadbiran perdana menteri sebelum ini) menunjukkan bahawa terdapat lebih 200 pelantikan politik di 72 FSB di bawah kerajaan terdahulu.
"Undang-undang badan berkanun sudah mengenal pasti entiti dan individu yang sepatutnya melantik pengerusi dan ahli lembaga. Sehubungan itu, peruntukan ini harus dihormati dan dipatuhi, bagi GLC pula, kuasa pelantikan perlu diberikan kepada entiti kerajaan yang memilikinya atau jawatankuasa pencalonan lembaga pengarah itu," katanya.
Melangkah ke hadapan, IDEAS menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan dalam menetapkan kriteria pengerusi dan ahli lembaga pengarah bagi melengkapkan ketiadaan kriteria pelantikan di peringkat badan berkanun.
Bagi GLC, beliau berkata Buku Hijau untuk memperkukuhkan keberkesanan Lembaga Pengarah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi pada tahun 2006 boleh menjadi rujukan untuk pelantikan ahli lembaga pengarah GLC.
Selain itu, Yeoh berkata kriteria penilaian pengarah individu dan ahli lembaga secara kolektif harus telus, disesuaikan dengan keperluan syarikat.
"Usaha sebegini perlu disertakan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang boleh meneliti dan memantau laporan tahunan badan berkanun dengan lebih kerap," kata Yeoh.
IDEAS akan terus memantau pelantikan dalam badan berkanun persekutuan dan GLC terpilih dalam kerajaan semasa dan orang ramai boleh melihat penemuan itu di laman web - https://www.pantaukuasa.com
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
![Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669934249_TRICIAYEOHIDEAS.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Lantikan politik: Ijazah sarjana muda syarat minimum jadi Ahli Lembaga Pengarah badan berkanun - MOF Lantikan politik: Ijazah sarjana muda syarat minimum jadi Ahli Lembaga Pengarah badan berkanun - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686805585_Perbendaharaan.jpg)
Lantikan politik: Ijazah sarjana muda syarat minimum jadi Ahli Lembaga Pengarah badan berkanun - MOF
Kerajaan menetapkan seseorang yang hendak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dalam Badan Berkanun Persekutuan (BBP), mestilah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda.
![Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665032843_bersih.jpg)
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
![Lantikan GLC, badan berkanun: 'Henti amalan lapuk biayai operasi parti, ganjaran pemimpin' - Bersih Lantikan GLC, badan berkanun: 'Henti amalan lapuk biayai operasi parti, ganjaran pemimpin' - Bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669466970_bersih.jpg)
Lantikan GLC, badan berkanun: 'Henti amalan lapuk biayai operasi parti, ganjaran pemimpin' - Bersih
Kenyataan tersebut menyusul selepas pelantikan lima pengerusi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada Rabu.
![Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680064507_AhmadSaid.jpg)
Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680001612_Shahanizadilantik.jpg)
Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB
Menurut Shahaniza, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.
![Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679635533_TBPCANTHONYLOKE.jpg)
Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika menyanggah kritikan berhubung isu pelantikan beberapa ahli politik ke dalam badan berkanun.
![BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665032843_bersih.jpg)
BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis - Ahmad Zahid Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678787240_TBZAHIDALORSETAR.jpg)
Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis - Ahmad Zahid
Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.
![Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633146977_JABATANPEGUAMNEGARA.jpg)
Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS.
![Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669934249_TRICIAYEOHIDEAS.jpg)
Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti.