ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu penanda aras baharu dimana mana-mana ahli keluarga pemimpin boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan tanpa diberikan bayaran.
Selepas kajian dibuat, Muhammad Sanusi mendapati, tiada penjawatan yang wujud seperti dikhususkan kepada Nurul Izzah iaitu seseorang individu melakukan kerja bagi pihak kerajaan tanpa menerima gaji atau bayaran memandangkan ia terkait dengan beberapa perkara termasuk skim saraan.
Muhammad Sanusi turut memaklumkan, tugasan atau penjawatan sedemikian hanya wujud di dalam organisasi badan-badan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau secara berseloroh turut menyatakan pelantikan ini adalah gambaran dan maksud sebenar Malaysia Madani yang dibawakan Perdana Menteri
"Saya (sudah) kaji adakah perlantikan (Nurul Izzah) di Pejabat Kementerian Kewangan yang akan melakukan (kerja) bagi pihak kerajaan boleh (untuk) tidak ambil gaji, (dan) tidak ada skim saraan untuk dia, saya rasa tiada penjawatan sebegitu, penjawatan (di dalam kerajaan) adalah apabila you ada (bagi) service you ada payment
"Perkara begitu tidak pernah dilakukan, (ia) nampak luar biasa, saya tidak tahu, sama ada (Datuk Seri Anwar) hendak 'set benchmark' selepas ini orang politik dan anak mereka boleh terbabit dengan kerajaan (dengan) tanpa mengambil gaji, ini lah MADANI dan anak bini," sindir Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Selasa.
Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.
Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
Anwar turut mempersoalkan pihak yang mengkritik yang menurut beliau, mereka juga tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga.
Abd Hadi Che Awang
Wed Feb 01 2023
![Lantikan Nurul Izzah: Adakah PM mahu letakkan satu tanda aras baharu? - Sanusi Lantikan Nurul Izzah: Adakah PM mahu letakkan satu tanda aras baharu? - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675224585_MBKedahsambutanr.jpg)
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, semalam. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714721411_TBpkr.jpg)
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
![PKR rombak kepimpinan di enam negeri PKR rombak kepimpinan di enam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708418485_SaifuddinNasutionI.jpg)
PKR rombak kepimpinan di enam negeri
Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri di enam negeri berkuat kuasa serta-merta.
![Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707969050_TBLiyanaMarzuki.jpg)
Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah
Aktivis, Liyana Marzuki membuat laporan polis berhubung dakwaan yang kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
![MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707895031_TBNURULIZZAHjpg.jpg)
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
![Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707732888_TBfitnahPKR.jpg)
Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard
Satu laporan polis dibuat terhadap Chegubard berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
![Saya bertanding PRN? Tidak benar! - Nurul Izzah Saya bertanding PRN? Tidak benar! - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676192552_NurulIzzah.jpg)
"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
![Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682317208_TBFIRDAUSSAHROM.jpg)
Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.
!['Berhentilah bermain politik, umpama cakap tak serupa bikin' - Muhyiddin 'Berhentilah bermain politik, umpama cakap tak serupa bikin' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676445302_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
'Berhentilah bermain politik, umpama cakap tak serupa bikin' - Muhyiddin
Henti bermain politik dan elak budaya nepotisme dalam kerajaan, kata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676190891_AnwarIbrahim.jpg)
Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675687469_PerdanaMenterimera.jpg)
Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.