KUALA LUMPUR: Prosiding hari pertama bela diri Datuk Peter Anthony atas dakwaan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (ME) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), dijadual bermula hari ini ditangguhkan berikutan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu melantik peguam baharu untuk mewakilinya.
Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa Peter melantik peguam baharu dan memohon prosiding hari ini dilapangkan.
“Saya memperkenalkan peguam baharu yang mewakili Peter iaitu S. Devanandan. Pihak pendakwaan bersetuju supaya kehadiran tertuduh (hari ini) dikecualikan atas alasan pihak pembelaan memohon tarikh (bela diri) dilapangkan kerana tertuduh telah melantik peguam baharu untuk mewakilinya,” kata Wan Shaharuddin.
Devanandan menggantikan peguam Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin yang sebelum ini mengendalikan kes itu bersama seorang lagi peguam Datuk D. Senthinathan.
Sementara itu, Wan Shaharuddin berkata pernyataan saksi pembelaan perlu diserahkan kepada pendakwaan dalam masa seminggu sebelum saksi-saksi tersebut memberi keterangan.
“Pihak pendakwaan belum menerima pernyataan saksi pembelaan yang sepatutnya diserahkan hari ini,” katanya.
Devanandan pula memberitahu mahkamah pihaknya akan menyerahkan pernyataan saksi seperti dipohon oleh pendakwaan dan bercadang untuk memanggil empat saksi pembelaan termasuk Peter.
“Kami memberi aku janji untuk menyerahkan penyataan saksi pembelaan dalam tempoh seminggu bermula hari ini kerana kami masih belum berjumpa anak guam bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu pada 9 dan 10 serta 16 hingga 18 Feb ini untuk tertuduh membela diri.
Pada 14 Dis 2021, Peter, 50, yang juga bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) diperintah membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (ME) di universiti itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 dan dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan
Bernama
Mon Jan 03 2022

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu pada 9 dan 10 serta 16 hingga 18 Feb ini untuk tertuduh membela diri. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Lantik peguam baharu, prosiding bela diri Peter Anthony ditangguh
Prosiding hari pertama bela diri Datuk Peter Anthony atas dakwaan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan ME di UMS ditangguh.