LANGKAWI:Beberapa persatuan mewakili sektor perhotelan, perniagaan serta pemandu pelancong di Langkawi hari ini merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang 'nazak' ekoran ketiadaan pelancong.
Persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah dan Perlis.
Turut sama membuat rayuan tersebut ialah Dewan Perniagaan Cina Langkawi, Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi serta syarikat pengendali feri Konsortium Ferry Line Ventures.
Timbalan Presiden Niagakawi Datuk Alexander Isaac berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong.
"Kumpulan ini mewakili lebih 8,000 pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sektor pelancongan.
"Kami merayu agar kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi memandangkan pulau ini berada dalam kategori zon hijau.
"Ketika ini tiada pelancong yang datang, jika kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi serta membenarkan perjalanan antara kawasan hijau, keputusan ini bakal memberi sinar kepada pulau ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Alexander berkata selain itu mereka juga berharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyediakan moratorium menyeluruh dan bantuan kewangan segera kepada semua peniaga di Langkawi agar dapat meneruskan perniagaan.
Pengerusi MAH Kedah dan Perlis Eugene Dass pula berharap kerajaan meneruskan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor perhotelan memandangkan mereka telah kehilangan pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sektor pelancongan termasuk hotel terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, justeru kita amat memerlukan perhatian kerajaan, jika boleh selain diskaun bil elektrik, boleh diberi pertimbangan mengenai cukai tanah serta subsidi gaji diteruskan sehingga Jun tahun depan," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi Ku Chin Loon berkata kira-kira 300 hingga 400 ahli persatuan itu kini bingung memikirkan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2021 berhubung pengenaan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai mulai 1 Jan tahun depan.
"Pelancong datang ke Langkawi kerana pakej menarik yang ditawarkan, mereka juga membuat pembelian barangan bebas cukai seperti rokok.
"Jika kerajaan teruskan keputusan ini, 300 hingga 400 ahli persatuan ini bakal terkesan.
"Kita baru sahaja mula nak berniaga kembali, bangkit selepas terjejas akibat COVID-19, kami harap kerajaan buat penilaian semula sebelum keputusan ini dilaksanakan," katanya sambil menambah jualan rokok menyumbang 30 hingga 40 peratus pendapatan kepada ahli persatuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Alexander berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong. - Astro Awani

Kadar kematian tibi tunjuk trend penurunan - KKM
Kes baharu tuberkulosis atau tibi meningkat 0.1 peratus dengan 26,183 kes dilaporkan pada 2024 berbanding 26,149 kes pada tahun sebelumnya.

Dua tahanan lari dari Mahkamah Kuching berjaya diberkas - Polis
Kedua-dua suspek positif dadah dan reman mereka diluluskan selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

601 penghuni di 34 penjara dilepaskan secara lesen sempena Aidilfitri
Seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara dibebaskan hari ini menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.

Dendam motif pembunuhan lelaki Myanmar di Tasek Gelugor - Polis
Polis telah menahan lapan lelaki dan sedang mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes ini.
AWANI Ringkas: Hari ke-6 beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China sokong kepimpinan dalam ASEAN
Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi berkata Beijing menyokong penuh tema Malaysia iaitu Keterangkuman dan Kemampanan, serta mengiktiraf kepimpinan negara dalam memajukan hubungan ASEAN-China.
Rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan drastik.

Inflasi dijangka meningkat antara 2.0-3.5 peratus, kekal terurus tahun ini - BNM
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% pada 2025, didorong oleh permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta yang stabil.

"Jangan sukarkan lagi keadaan" - Diana Danielle tak halang Farid Kamil jumpa anak
PELAKON, Diana Danielle enggan menjadikan perceraiannya sebagai batu penghalang untuk anak-anak bertemu bapa mereka, Farid Kamil.
Penggunaan elektrik berlebihan punca kebakaran meningkat
Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan antara punca peningkatan berlakunya kebakaran kediaman dan premis pada musim perayaan.

Influenza ancaman senyap dewasa dan kanak-kanak, tip pelindungan anak dan keluarga
Peningkatan ketara akibat influenza, termasuk kematian pelakon Taiwan Barbie Hsu dan pelakon China Liang You Cheng, menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keterukan wabak itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.