Langkah membenarkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali bertugas di agensi tersebut adalah satu keputusan yang bijak.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata demikian sambil menyifatkan bahawa ia satu langkah yang wajar diambil dan merupakan satu perkembangan positif.
Ia bukan setakat meredakan keadaan tetapi membantu menukar persepsi orang ramai terhadap apa yang berlaku sebelum ini.
Khairy juga berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang ugutan atau apa-apa sekatan.
"Saya harap dengan kembalinya mereka ke SPRM, mereka dapat jalankan tugas -- bukan hanya dua pegawai, tetapi keseluruhan pegawai -- dapat melakukan tugas tanpa apa-apa ugutan, intimidasi atau sekatan," katanya pada sidang media sambutan rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Bukit Jalil, hari ini.
Beliau juga menegaskan supaya pihak luar jangan menghukum mana-mana pegawai kerajaan yang hanya menjalankan tugas mereka.
Semalam, Khairy Jamaluddin telah menyuarakan pandangan dan mendesak agar intimidasi serta tindakan yang diambil ke atas pegawai SPRM dihentikan segera.
Menurut beliau, pemindahan pegawai ini dilihat pelik dan sangat mengecewakan, seolah-olah ada intimidasi terancang terhadap SPRM.
Dua pegawai berkenaan adalah Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob.
Bahri antara individu penting dalam siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen, menurut Khairy, ia adalah langkah yang tidak relevan kerana SPRM mampu menjalankan tugasnya dengan sendiri.
"Ini bukan persoalannya; SPRM perlu diletakkan di mana ia berada hari ini untuk memberi kebebasan kepadanya menjalankan tugas. Ia satunya prinsip yang tidak boleh diganggu mana-mana institusi kerajaan.
"Kedua, persepsi. Kalau ada tanda gangguan terhadap institusi seperti ini, maka orang akan ada persepsi buruk berkenaan ruang kepada institusi untuk menjalankan tugas," katanya.
Pada masa sama, Khairy bersetuju dengan cadangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin mengenai pembentukan semula Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurutnya, isu PAC merupakan isu nasional dan tidak boleh dilengahkan lagi.
Norsiah Mohd Ramli
Mon Aug 10 2015
KHAIRY JAMALUDDIN: Langkah membenarkan dua pegawai kanan SPRM kembali bertugas di agensi tersebut adalah satu keputusan yang bijak. -Gambar fail
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Perdana Menteri Slovakia kembali bertugas selepas cubaan bunuh
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico kembali bertugas hampir dua bulan selepas terselamat daripada cubaan bunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Lee kembali bertugas selepas pulih daripada COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kembali bertugas hari ini, selepas ujian saringan COVID-19 menunjukkan keputusan negatif.
COVID-19: Mohd Amar kembali bertugas selepas cuti panjang
Bagaimanapun, Naib Presiden Pas itu ketika ini masih mendapatkan rawatan susulan.
Boris Johnson tidak sabar untuk kembali bertugas Isnin ini selepas pulih COVID-19
Johnson dilapor bercadang untuk kembali ke Downing Street seawal Isnin ini untuk menangani krisis COVID-19 di negara itu.
Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid
Menurutnya, keputusan yang dibuat untuk kembali daripada bercuti merupakan keputusan peribadi memandangkan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atasnya bersifat peribadi.
Mohamad sambut baik Zahid kembali bertugas
Menurut Mohamad, selaku Presiden UMNO yang dipilih untuk memimpin parti sehingga 2021, kemunculan kembali Ahmad Zahid sememangnya dinanti.
Mohd Shukri anggap tugas di SPRM satu tanggungjawab berat
Beliau melapor diri dan memasukkan kad perakam waktu di ibu pejabat pada pukul 10.29 pagi.
Langkah kembalikan pegawai kanan ke SPRM satu tindakan wajar - Khairy
Langkah membenarkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali bertugas di agensi tersebut adalah satu keputusan yang bijak, kata Khairy Jamaluddin.