Suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya Rabu lepas, disambung reman selama lima hari bermula hari ini.
Majistret Yusna Khadijah Md Yusop membenarkan lelaki warga Libya berusia 23 tahun itu direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.
Turut direman bagi tempoh sama ialah dua rakannya warga Yemen, 22, dan Libya, 20, kerana dipercayai melindungi suspek utama.
Sebelum ini, suspek utama itu direman lima hari di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tempoh tahanan berakhir hari ini.
Menurut peguam suspek, Mohd Redhuan Mohamed Yusoff, kesemua suspek itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kes langgar lari itu, di mana video kejadian itu tular, mangsa Penolong Pengurus GTM Event Sales, Wan Amirah Wan Alias, 31, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. -- Bernama
BACA: Langgar lari Cyberjaya: Polis tahan empat pelajar
BACA: Langgar lari Cyberjaya: Jenazah mangsa selamat dikebumi
BACA: Langgar lari Cyberjaya: Berang dilarang parkir di petak OKU rupanya
Bernama
Tue Oct 23 2018

Tiga lelaki warga Libya dan Yemen diiringi polis ketika di Mahkamah Majistret Sepang siang tadi. - BERNAMA
Consider This: Urban Sustainability — Building Low Carbon Cities
Cities are responsible for over 70% of global greenhouse gas emissions, making urban sustainability a crucial battleground in the fight against climate change. In Malaysia, the push for low-carbon cities has been gaining traction through the Low Carbon Cities Framework and the Low Carbon Cities 2030 Challenge. With the upcoming Low Carbon Cities Awards, we look at where Malaysia stands in its goal to turn our cities into true climate leaders. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Norhasliza Mokhtar, Senior Director of the Climate Action Division of the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.
AWANI Tonight: A look at Trump’s pivot to Putin
The U.S. voting alongside Russia and breaking from European allies is a rare occurrence in recent times. Taylor’s University’s Julia Roknifard examines this move and the risks of ASEAN facing pressure to take sides.
AWANI Tonight: MH370: 11 years on, new search begins for missing plane
A new search for Malaysia Airlines Flight MH370, which disappeared 11 years ago, has commenced in the Indian Ocean.

Kapasiti penggunaan industri pembuatan tujuh negeri melepasi kadar nasional 81.9 peratus
Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023.
LKAN 1/2025: Laksana digitalisasi penjejakan dana awam, luluskan Akta Perolehan Kerajaan segera - Penganalisis
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata sistem penjejakan dana awam yang dibelanjakan agensi-agensi kerajaan secara digital mesti dilaksanakan bagi menangani kerugian yang dilaporkan. Manakala, Prof. Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial University of Nottingham Malaysia, Dr. Tricia Yeoh menegaskan Akta Perolehan Kerajaan perlu diluluskan oleh parlimen dengan segera. #AgendaAWANI

Malaysia guna pakai Undang-Undang Seragam UNCITRAL perkukuh rangka kerja kebangkrapan - Azalina
Malaysia mengguna pakai Undang-Undang Seragam (Model Law) mengenai Insolvensi Rentas Sempadan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL).
LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Prof. Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial University of Nottingham Malaysia, Dr. Tricia Yeoh berkata langkah rasionalisasi subsidi terhadap rakyat perlu diselaraskan dengan menghentikan pembaziran oleh agensi kerajaan yang mencatat kerugian. Manakala Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan agensi yang rugi mesti mengemukan pelan pemulihan dalam tempoh enam bulan atau berdepan dengan penamatan operasi. #AgendaAWANI

LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Teguran yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, perlu disusuli dengan tindakan penilaian semula operasi syarikat-syarikat subsidiari dan agensi-agensi kerajaan dengan segera.

Langgar lari Cyberjaya: Suspek utama disambung reman lima hari
Suspek utama kes langgar lari seorang pekerja TM Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya Rabu lepas, disambung reman hari ini.