JELI: Pekebun tembikai di Kuala Balah, di sini, berdepan kerugian ratusan ribu ringgit apabila tanaman mereka tidak dapat dipasarkan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ini merupakan tahun kedua mereka mengalami kerugian susulan lambakan tembikai yang tidak dapat dijual akibat buah yang rosak dan harga jatuh sehingga 80 sen sekilogram.
Aktiviti jualan di gerai di tepi Jalan Kuala Balah menuju ke bandar Jeli tidak rancak berikutan larangan perjalanan merentas daerah dan negeri.
Pekebun mendakwa, mereka mengeluarkan modal RM5,000 setiap seorang bagi mengusahakan kebun tembikai pada musim ini.
Susulan itu, Pegawai Pertanian Jajahan Jeli Norazreen Shamsudin berkata, pihaknya membantu mencari pemborong untuk memasarkan hasil pertanian pekebun tembikai yang mengikat kontrak dengan mereka.
Ia dilakukan dengan usaha Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Kita dapat banyak maklumat dari petani, tetapi sekarang ini, maklumat di ladang di Jeli yang kami terima, jualan pada 80 sen sekilogram.
"Harga runcit ialah RM1.20 hingga RM1.30 sekilogram. Kita di pihak Jabatan Pertanian cuba bantu cari pemborong, bersama agensi di bawah kementerian, untuk pasarkan hasil petani," kata Norazreen.
Menurutnya, seramai 50 pekebun mengusahakan buah tembikai di kawasan Kuala Balah dan Lubok Bongor dengan keluasan 50 hektar.
Pekebun yang menanam tembikai sejak Mac dan April lalu itu dijangka menuai hasil sehingga 7 tan setiap seorang tahun ini.
Muhafandi Muhamad
Wed May 19 2021

Aktiviti jualan di gerai di tepi Jalan Kuala Balah menuju ke bandar Jeli tidak rancak berikutan larangan perjalanan merentas daerah dan negeri. - Astro AWANI

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Lambakan buah tembikai: Harga jatuh hingga 80 sen per kilogram
Jabatan Pertanian dan FAMA membantu mencari pemborong untuk memasarkan hasil pertanian pekebun tembikai yang mengikat kontrak dengan mereka.

Warga emas usahakan kebun untuk sara hidup
Aktiviti bertani dan berkebun merupakan nadi kehidupan lapan warga emeas wanita sejak berpuluh tahun lalu.

Tembikai dari Ubai tembusi pasaran Dubai
Program itu diharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Australia eksport tembikai dicemari bakteria listeria ke sembilan negara, termasuk Malaysia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya sembilan negara, termasuk Malaysia, telah menerima eksport tembikai yang dicemari bakteria listeria dari Australia, hari Isnin.