KUALA TERENGGANU: Projek Lambaian Bayu bernilai RM200 juta yang akan dibangunkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bakal menjadi produk pelancongan baharu Terengganu.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, projek melibatkan kawasan pesisir pantai sepanjang 16 kilometer bermula dari Teluk Ketapang hingga ke Pantai Pandak, Chendering dekat sini, dijangka mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan bermula tahun ini.
Beliau berkata, ia melibatkan pembangunan enam zon secara berperingkat iaitu Zon Pesisir Payang, Zon Pesisir Takir, Zon Pemecah Ombak, Zon Primula Batu Burok, Zon Muara Ibai dan Zon Pantai Pandak.
"Sebagai contoh Zon Pesisir Ketapang akan dibangunkan sebagai hab sukan melalui pembinaan dua gelanggang bola sepak pantai, trek ATV (kenderaan serba rupa bumi) dan trek berkuda.
"... manakala pembangunan Zon Muara Ibai pula berkonsepkan taman cahaya dengan pembinaan chalet-chalet, taman karavan serta tapak perkhemahan dan landskap muara," katanya pada sidang media di Wisma MBKT di sini, semalam.
Rosli berkata, Projek Lambaian Bayu bertemakan 'Warisan Pesisir Air' itu akan memberi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di negeri ini yang tertumpu di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.
Situasi itu, katanya, menyebabkan rakyat terutama golongan peniaga di tanah besar kurang menikmati limpahan ekonomi daripada kemasukan pelancong di negeri ini.
"Dengan adanya produk pelancongan menarik di tanah besar, pelancong akan berminat untuk menginap dan berbelanja di tanah besar selain menikmati percutian mereka di pulau.
"Kita jangka 500 peniaga dan usahawan kecil yang akan menjalani penyusunan semula di lokasi-lokasi yang akan dibangunkan bakal mendapat manfaat daripada projek ini nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Projek Lambaian Bayu bernilai RM200 juta melibatkan kawasan pesisir pantai sepanjang 16 kilometer bermula dari Teluk Ketapang hingga ke Pantai Pandak, Chendering (gambar). - Gambar fail BERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
'Lambaian Bayu' produk pelancongan baharu Terengganu
Projek melibatkan kawasan pesisir pantai sepanjang 16km itu dijangka mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan bermula tahun ini.