Carian maklumat dalam laman web COVID-19 yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi carian teratas di enjin carian Google.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laman web yang baharu beroperasi pada 5 Mei lalu itu merekodkan lebih 60,000 pengguna dalam tempoh sebulan.

"Hebahan mengenai laman web itu telah diwar-warkan melalui portal rasmi KKM dan telah diperluaskan melalui media sosial KKM seperti Facebook, Telegram, Instagram dan Twitter," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Dr Noor Hisham juga mempelawa orang ramai supaya mengikuti perkembangan COVID-19 di http://covid-19.moh.gov.my/.

Katanya, antara lain orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai situasi semasa COVID-19 di telegram Kesihatan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM dan laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan seperti berikut:


Laman Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novelcoronavirus-atau-2019ncov


Facebook KKM:

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/


Instagram KKM:

https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/


Twitter KKM:

https://twitter.com/kkmputrajaya


Telegram CPRC KKM:

https://t.me/cprckkm