Laluan pejalan kaki ke Pulau Burung, menara tinjau ditutup serta-merta
Menurut Majlis Perbandaran Port Dickson, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat kerosakan pada struktur jambatan ke pulau berkenaan.
Bernama
Tue Aug 27 2024
Menurut Majlis Perbandaran Port Dickson, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat kerosakan pada struktur jambatan ke pulau berkenaan.
SEREMBAN: Pulau Burung Walkway and Watch Tower di Batu 5, Jalan Pantai Port Dickson ditutup sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta.
Menurut notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat kerosakan pada struktur jambatan ke pulau berkenaan.
"Tarikh penutupan berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.
"Pengunjung hendaklah mematuhi arahan ini demi keselamatan diri, dan pihak majlis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan serta kecederaan pengunjung akibat kegagalan mematuhi arahan notis ini," menurut notis itu hari ini.
Pulau Burung Walkway yang terletak di Pantai Cahaya Negeri ialah satu-satunya laluan pejalan kaki untuk ke Pulau Burung dengan jarak 180 meter dari darat dan di pulau itu terdapat menara tinjau tiga tingkat yang membolehkan pengunjung menikmati panorama laut Port Dickson.