PELABUHAN KLANG: Laluan menghubungkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya di ibu negara akan ditutup selama dua minggu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan struktur jejambat LRT itu yang mengalami keretakan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerja-kerja pembaikan itu akan dilaksanakan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kadar segera.
"Kedua-dua stesen ini tidak ditutup cuma laluan menghubungkan kedua-duanya sahaja ditutup," katanya dalam sidang media selepas merasmikan gudang Infinity Freight Village 5 di sini, pada Rabu.
Menurut Anthony, dalam tempoh itu, orang ramai boleh menggunakan 'shuttle bus' yang disediakan bagi menghubungkan kedua-dua stesen itu.
"Proses pembaikan ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pendek dalam tempoh dua minggu untuk dipastikan ada pembaikan dan struktur selamat digunakan, manakala fasa panjang adalah bagi memastikan struktur itu kukuh," jelasnya.
Beliau memberitahu, laluan kedua-dua stesen itu akan dibuka semula apabila pihak berkenaan memastikan perkhidmatan itu selamat kepada orang ramai.
"Kita tiada pilihan kerana ini membabitkan isu keselamatan. Jadi, saya memohon maaf kepada pihak penumpang," katanya.
Sebelum ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi kenyataan, memberitahu terdapat kerosakan struktur jejambat berhampiran stesen tersebut akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.
Astro Awani
Wed Feb 01 2023
Anthony Loke berkata, kerja-kerja pembaikan struktur jejambat LRT itu yang mengalami keretakan akan dilaksanakan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kadar segera. - Gambar BERNAMA
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, Iswaran serah diri jalani hukuman penjara
Dia yang berbaju kemeja lengan pendek berwarna biru gelap tiba dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard kira-kira jam 3.30 petang.
Niaga AWANI: Malaysia fokus perkukuh kerjasama ekonomi serantau
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia menjadi topik pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta sidang kemuncak berkaitan di Laos bermula pada Selasa.
Pelarasan semula bakal impak 2.5 juta individu - MB Johor
Penyelarasan semula cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan memberi impak terhadap 2.5 juta individu di negeri berkenaan.
Lebih 122,000 murid Tahun Satu gagal kuasai 3M
Antara faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut termasuklah pandemik Covid-19, kemiskinan, dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri.
Penempatan semula guru ditangguhkan - Fadhlina
Keputusan untuk penempatan semula 134 guru sekolah Cina di Pasir Gudang, Johor ke sekolah lain telah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga semua isu berkait dengan keputusan itu diselesaikan.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Program Tuisyen Rakyat Selangor diperluas, tingkat literasi, numerasi murid - MB Selangor
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperluas kepada 17,000 murid di negeri ini bagi meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi asas mereka.
Fatwa berkaitan GISB akan diwarta dalam masa terdekat - Exco Selangor
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang menfatwakan amalan dan kepercayaan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai menyeleweng daripada akidah Islam sebenar dijangka akan diwartakan d
154 ikan larangan bernilai RM13,000 dirampas di Perak
Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata rampasan terhadap ikan larangan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
Anthony Loke kekal Pengerusi DAP Negeri Sembilan
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kekal menerajui kepimpinan DAP Negeri Sembilan selepas sebulat suara dipilih sebagai pengerusi bagi penggal 2024-2027.
Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori.
Malaysia sertai CAEXPO 2024 sebagai negara tetamu kehormat
Ekspo berkenaan menampilkan Pavilion Malaysia yang menyaksikan penyertaan 150 organisasi termasuk 10 kementerian dan agensi kerajaan.
Kerajaan akan pinda undang-undang untuk kenderaan tanpa pemandu
Menurut Anthony Loke, dasar itu penting bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan kenderaan tanpa pemandu itu sebelum ia dikomersialkan.
Bidaan nombor plat 'EV' untuk kenderaan ZEV dibuka hari ini
Loke berkata keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 Sept.
Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.