KUALA LUMPUR: Pelancaran Laluan Lorong Hijau TNB merupakan satu usaha penting untuk menyokong matlamat Malaysia menjadi kuasa digital dan pembuatan di rantau Asia Tenggara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia adalah hab yang ideal untuk operasi pusat data di rantau ini berikutan lokasi geografi strategik negara yang memberikan kelebihan daya saing serta landskap pelaburan yang kondusif dan menarik susulan kesalinghubungan kita yang kukuh, infrastruktur kuasa terjamin dan persekitaran yang mesra perniagaan.
"Sehingga kini, Malaysia telah menerima penyertaan pelbagai pemain terkemuka dalam pusat data dan sektor awan kita.
"Kita ada Amazon Web Services, yang komited untuk melabur di Malaysia bagi membina pusat data.
"Kita juga ada ByteDance System Sdn Bhd, pemilik Tik Tok yang komited untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia melalui pelaburan jangka panjang yang menyediakan pengalaman dalam talian kepada satu bilion penggunanya di seluruh dunia," kata Tengku Zafrul pada majlis pelancaran Laluan Lorong Hijau TNB ,di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, apa yang lebih penting, pelaburan infrastruktur digital oleh syarikat-syarikat ini juga memperkasakan perniagaan dan perusahaan tempatan untuk mencipta lebih banyak nilai dan peluang pertumbuhan menggunakan data dan teknologi berasaskan awan.
"Dengan menarik pelabur asing untuk mewujudkan persekitaran digital sedia pasaran ini, semua industri dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan digalakkan untuk mengembangkan operasi mereka secara digital atau meneruskan inovasi berasaskan digital yang lain," katanya.
Sementara itu TNB dalam satu kenyataan berkata Laluan Lorong Hijau itu merupakan laluan eksklusif dan tawaran strategik untuk menyediakan penyelesaian yang cekap dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada pengendali pusat data.
"Ia adalah untuk menyelaraskan proses onboarding bagi pusat data, mempercepatkan kelulusan dan memudahkan persediaan operasi pusat data yang lancar di Malaysia.
"Laluan Lorong Hijau kami menyedia penawaran bekalan eletrik yang pantas, yang mana pusat data akan disambungkan tiga kali lebih cepat daripada masa penghantaran biasa, mengurangkan tempoh pelaksanaan daripada 36-48 bulan kepada hanya 12 bulan, di samping pusat sehenti (OSC) bagi pelabur pusat data dan perkhidmatan sokongan khusus," kata TNB.
Syarikat utiliti nasional itu berkata, proses ini dijangka dapat menarik lebih banyak syarikat pusat data untuk menubuhkan operasi mereka di Malaysia, dan juga menawarkan bantuan penyelenggaraan 24 jam dan penyelesaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap pusat data.
Pada majlis yang sama, TNB memeterai lima perkongsian strategik iaitu empat perjanjian bekalan elektrik dengan Yellowwood Properties Sdn Bhd, AirTrunk Malaysia Sdn Bhd, SIPP Power Sdn Bhd dan GDS IDC Malaysia Sdn Bhd dan satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MRANTI Corporation Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

TENGKU ZAFRUL: Pelancaran Laluan Lorong Hijau TNB merupakan satu usaha penting untuk menyokong matlamat Malaysia menjadi kuasa digital dan pembuatan di rantau Asia Tenggara. -Gambar fail/Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.

PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.