Laluan trafik dari Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah dibuka semula kepada lalu lintas hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laluan tiga lorong itu dibuka pada 2.20 petang tadi selepas kerja-kerja penurapan jalan selesai Rabu lepas.
"Sebelum ini, laluan dua lorong dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi dibuka kepada lalu lintas pada 29 Sept lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja pembaikan kawasan mendapan tanah dan runtuhan laluan bawah Jalan Pudu di sini, hari ini.
Pada 2 Julai lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, yang dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah pecah.
Sementara itu, kerja-kerja pembinaan struktur konkrit bertetulang yang giat dijalankan di laluan pusingan-u dari Cheras ke Jalan Pudu dan Jalan Changkat Thambi Dollah dijangka siap Rabu ini manakala baki kerja-kerja pembinaan struktur konkrit bertetulang akan siap pada 17 Nov ini.
Ahmad Phesal berkata baki kerja-kerja turapan jalan di atas laluan bawah Jalan Pudu akan dilakukan setelah kedua-dua pembinaan struktur konkrit bagi kedua-dua laluan pusingan-u itu siap sepenuhnya sebelum 10 Dis depan.
Bernama
Mon Nov 03 2014

AHMAD PHESAL: Laluan tiga lorong itu dibuka pada 2.20 petang tadi selepas kerja-kerja penurapan jalan selesai Rabu lepas. -Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Laluan Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah dibuka semula - DBKL
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laluan tiga lorong itu dibuka pada 2.20 petang tadi selepas kerja-kerja penurapan jalan selesai Rabu lepas.