Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan audit keselamatan setiap tahun di semua taman permainan awam di seluruh negara untuk membantu mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan untuk mencegah kemalangan.
Aktivis Keselamatan Tan Sri Lee Lam Thye berkata, audit perlu dijalankan dengan bantuan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran.
“Mereka juga harus mendapatkan perkhidmatan inspektor keselamatan taman permainan bertauliah untuk membantu kontraktor memasang dan menyelenggara taman permainan di bawah bidang kuasa mereka.
“Masyarakat secara keseluruhan, terutamanya ibu bapa, juga perlu memainkan peranan untuk membantu memastikan keselamatan kanak-kanak di taman permainan.
“Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan alat permainan sementara orang ramai harus segera membuat laporan jika melihat sebarang masalah yang boleh membahayakan pengguna di taman permainan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Lee berkata terdapat keperluan mendesak untuk semua pihak berkuasa tempatan menjadi lebih proaktif dan mengamalkan budaya mencegah kemalangan bagi memastikan keselamatan taman permainan kanak-kanak di bawah bidang kuasa mereka.
Beliau mengimbau kemalangan ngeri pada 24 Nov lepas di mana seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh apabila kepalanya tersepit di buaian yang dikhaskan untuk pengguna kurang upaya dan mereka yang berkerusi roda di sebuah taman permainan di Kepong.
“Kita perlu sentiasa proaktif dan bukannya bersikap reaktif apabila berhadapan dengan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan akibat kecuaian atau penyelenggaraan yang lemah.
“Walaupun taman permainan kanak-kanak sepatutnya menjadi tempat yang selamat, isu keselamatan menjadi kebimbangan utama apabila 530 kes kemalangan berkaitan dengan taman permainan dilaporkan antara 2014 dan 2016.
“Antara lain, dilaporkan bahawa kanak-kanak tercedera akibat peralatan permainan yang rosak atau jatuh akibat permukaan yang tidak rata”, jelas beliau lagi.
Tambah beliau, Biro Pengaduan Awam turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa tempatan menerima 11,231 aduan mengenai taman permainan antara 2015 dan 2016.
Beberapa pihak berkepentingan telah mencadangkan supaya Garis Panduan Standard Keselamatan Taman Permainan, yang diperkenalkan pada 2017, diwajibkan semasa merancang, merekabentuk, membina dan menguruskan taman permainan.
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 juga perlu dipinda supaya keselamatan taman permainan dimasukkan sebagai kriteria tambahan bagi pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), katanya.
Afiezy Azaman
Sun May 12 2019
![Laksanakan audit keselamatan di taman permainan seluruh negara Laksanakan audit keselamatan di taman permainan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557657024_TamanPermainan.jpg)
Lee Lam Thye berkata, audit perlu dijalankan dengan bantuan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran. - Gambar fail
![PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129512_FadhlinaSidek.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
![Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720130908_TuanIbrahim.jpg)
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
![PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129464_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
![KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720128626_FadhlinaSidek.jpg)
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
![AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720129501_MuhamadAzeem.jpg)
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708250585_MyCarePalestin.jpg)
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
![Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
![Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701661503_nursery.jpg)
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
![Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698554129_FadhlinaSidek.jpg)
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
![Koperasi diingat laksana audit Koperasi diingat laksana audit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681633100_SaraswathyKandasami.jpg)
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
!['Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar 'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.
![Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641221442_serbadinamik.jpg)
Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari.
![Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635407482_ributkencang.jpg)
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
![Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625156094_TBCourtHammer.jpg)
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
![MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625840412_KementerianKewangan.jpg)
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.